
Suara wanita pada asalnya tidaklah aurat. Dalam keadaan normal dan aman dari fitnah, harus seorang wanita bercakap dengan lelaki dan harus lelaki mendengar suaranya sama ada berurusan jual-beli, mengajar, menyampaikan taklimat, menjawab telefon atau sebagainya. Pada zaman Nabi s.a.w., wanita-wanita sahabat bercakap dengan Nabi s.a.w. dan bertanya baginda tentang urusan-urusan agama yang bersangkutan dengan mereka. Selain itu, mereka juga bercakap dengan kaum lelaki (di kalangan sahabat) apabila ada keperluan dan tidak pernah Nabi s.a.w. melarang mereka.
Anas r.a. menceritakan; Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. pergi ke rumah Ummu Aiman untuk menziarahi beliau sebagaimana Rasulullah selalu menziarahinya sebelum kewafatan baginda. Sampai di rumahnya, mereka dapati beliau menangis. Mereka berdua bertanya; “Apa yang menyebabkan engkau menangis? Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi Rasulullah s.a.w..”. Ummu Aiman menjawab; “Aku menangis bukan kerana tidak tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi baginda, akan tetapi aku menangis kerana wahyu telah terputus dari langit (dengan kewafatan baginda)”. Jawapan Ummu Aiman menyebabkan Abu Bakar dan Umar terharu dan turut menangis bersamanya (HR Imam Muslim). Imam Nawawi tatkala mengulas hadis ini, beliau menegaskan –antaranya-; di dalam hadis ini (terdapat dalil menunjukkan) keharusan kumpulan orang lelaki menziarahi perempuan yang solehah dan mendengar ucapannya” (Syarah Soheh Muslim, juz. 16, kitab Fadhail as-Sohabah…).
Suara perempuan hanya akan menjadi aurat apabila dilemah-lembutkan atau dengan nada memujuk-rayu dan memikat. Ini sebagaimana yang ditegah Allah dalam firmanNya (yang bermaksud);
“…janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”. (al-Ahzab; 32)
Menurut Imam Ibnu Kathir, ayat ini bermaksud; seorang wanita hendaklah jangan bertutur dengan lelaki-lelaki asing (yakni yang bukan mahramnya) dengan suara yang dilemah-lembutkan, yakni suara sebagaimana ia bertutur dengan suaminya”.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir, oleh; Ahmad bin Sya’ban bin Ahmad dan Muhammad bin ‘Iyadi bin Abdul-Halim.
2. al-Fatawa, Syeikh ‘Athiyah Saqar, 2/177-178.
3. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 721.
4. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
Ditulis oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (http://ilmudanulamak.blogspot.com/ )

RSS
12 komen
Norhazwani:
11 Mac 2010 at 7:28 am (GMT +0800)
Alhamdulillah.
Ada input untuk kita sama2 sebar2kan kepada rakan yang lain.
Thanks.
Al-Fath:
11 Mac 2010 at 8:00 pm (GMT +0800)
Norhazwani dan pembaca portal APIS yang lain,
Alhamdulillah….
Begitulah budaya yang kita ingin pupuk dalam masyarakat kita. Budaya ilmu….
nomad melayu:
11 Mac 2010 at 1:07 am (GMT +0800)
salam, artikel yg best, mohon izin disebarkan
ni nak tny satu soalan, klu suara itu aurat bg perempuan dlm keadaan tertentu, bagaimana pula dgn sistem pesanan ringkas?
maksud, klu seorang lelaki dgn perempuan ber-sms, dgn nada lemah lembut(rasa semua phm), apakah pula hukumnya?
Al-Fath:
11 Mac 2010 at 6:50 am (GMT +0800)
Salam Ariff, insha Allah boleh disebarkan. Ya, SMS pun perlu dijaga-jaga, kerana boleh menyumbang kepada permulaan zina. Kaedah Islam adalah melarang kita daripada menghampiri zina, lebih berhati-hati daripada arahan jangan melakukan zina.
Abdullah:
11 Mac 2010 at 2:31 pm (GMT +0800)
mantap, ringkas je…
nurhafizah:
11 Mac 2010 at 5:02 pm (GMT +0800)
salam.. bley jelaskn ttg wanita bernasyid? aurat ke?
dial:
11 Mac 2010 at 6:49 pm (GMT +0800)
alhamdulillah, terima kasih kerana memberi info ini
HaMBa ALLAH~:
11 Mac 2010 at 11:54 am (GMT +0800)
بسم الله الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
syukran jiddan for the info…
insyaALLAH…
diri ini akan cuba aplikasikan seperti apa yg disarankan dlm artikel ini…
jazakallah…
Al-Fath:
11 Mac 2010 at 11:57 pm (GMT +0800)
Salam kepada abdullah, nurhafizah, dial dan hamba Allah.
ya, hamdalah syukur.
sama-sama kita memperkembangkan ilmu demi kebaikan bersama.
buat nurhafizah, saya ada tengok jawapan daripada pihak JAKIM, sangat ringkas dan dinyatakan perempuan tidak boleh bernasyid. boleh rujuk di sini
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/fa43d93065fad6e748257447002f98b3?OpenDocument
insha Allah, rakan-rakan semua boleh bantu cari penjelasan juga…
Al-Fath:
11 Mac 2010 at 10:17 am (GMT +0800)
Nurhafizah, ada lagi pendapat berkenaan hukum wanita bernasyid.
boleh bernasyid / konsert / menynyi tapi dengan beb syarat:
1- ada batas pergaulan, takleh bercampur jantina
2- nyanyian yg mengingatkan diri kpda tuhan n tujuan hidup (e.g.)
3- tidak ada unsur maksiat e.g. lenggok2 badan
* diambil drpda pendapat dr hamzah jaafar,
nurhafizah:
11 Mac 2010 at 5:12 pm (GMT +0800)
alhamdulillah…
syukran atas penjelasan..
cahaya pencinta:
11 Mac 2010 at 6:08 am (GMT +0800)
salam..
kalau dah memang suara muslimah tu suara yang bak kata orang ala2 suara kanak2?kadang terpaksa berurusan dengan lelaki melalui telefon..dan ada yang ditegur suara manja sedangkan dah sedaya upaya bercakap dengan nada yang tak ada nada!