Kuala Lumpur, -Khamis. Pada Sabtu dan Ahad (6&7 Februari 2010) insya ALLAH pihak APIS akan bertandang ke SBP tertua di negara ini, ya’ni MCKK bagi menjayakan Program Pemantapan BANI (MANTAP) MCKK buat julung kalinya. Program ini diadakan khusus bagi mempertingkatkan kemahiran dan nilai-nilai kepimpinan Islam kepada exco dan para pelapis exco Badan Nahdhah Islamiah MCKK (BANI). Turut menjayakan MANTAP ialah pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Kunjungan ke MCKK menjadikan penglibatan yang kedua oleh APIS dalam membantu memperkasa peranan BADAR di SBP setelah kunjungannya ke SMS Johor di Kluang pada 24 Januari 2010 yang lalu.
Kita mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar, mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH dalam usaha untuk melahirkan generasi rabbani yang unggul dan gemilang dalam segenap aspek kehidupan.
Pihak APIS amat mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana SBP yang lain dalam menganjurkan program yang bersifat begini, ya’ni kursus pemantapan BADAR.

RSS

8 komen
ZayaniSyazwan:
11 Mac 2010 at 6:48 pm (GMT +0800)
oO~ Alhamdulillah, aktif benar Apis sekarang ni. Mmm, camni boleh la jemput mai datang SBPI Sabak Bernam pulak. Hehe.
Al-Fath:
11 Mac 2010 at 7:13 pm (GMT +0800)
Salaam. Alhamdulillah, insya Allah boleh, Zayani. Kita pun dah ada pertanyaan daripada bekas pelajar SMS Dungun untuk buat program sebegini. Komitmen kedua-dua pihak APIS dan bekas pelajar SBP berkenaan adalah amat mustahak.
Izzati:
11 Mac 2010 at 8:23 pm (GMT +0800)
Tahniah sekali lagi buat APIS.
Hah, bagus juga kalau dapat adakan program sebegini di SBPI Sabak Bernam. =)
Al-Fath:
11 Mac 2010 at 8:28 pm (GMT +0800)
Alhamdulillah,
Ya Izzati dan Zayani, insya Allah kita boleh buat. Jika benar inginkan, kita boleh mulakan persiapan. Nak lebih meriah, boleh gabungkan dengan sekolah berdekatan.
Allahu Allah, Yassirlana umuu rona.
syafiqhaziq:
11 Mac 2010 at 6:02 pm (GMT +0800)
Semoga semuanya berjalan dengan lancar. =)
syafiqhaziq:
11 Mac 2010 at 6:02 pm (GMT +0800)
hmm.. gmbar kuman tu mcm mne nk tukar yek?
hehe.
admin:
11 Mac 2010 at 6:56 pm (GMT +0800)
Daftar kat Gravatar, pastu upload gambar kat situ. Next time bile komen pakai email yang guna untuk daftar kat Gravatar tu, akan automatically display gambar yang upload kat Gravatar tu.
P/S: Gravatar = Globally Recognized Avatar
syafiqhaziq:
11 Mac 2010 at 6:23 pm (GMT +0800)
ok. syukran. ana cuba..