Ledakan kemajuan teknologi maklumat banyak memberikan kebaikan kepada umat Islam dalam meningkatkan usaha keilmuan dan juga perkongsian maklumat yang berguna. Dalam konteks para pelajar SBP, budaya penulisan blog dilihat menjadi satu budaya yang sihat dan mampu memperkembang potensi kecemerlangan diri mereka. Semenjak belakangan ini, kita dapat melihat pertambahan bilangan organisasi pelajar SBP seperti BADAR (Badan Da’wah dan Rohani) yang mula mewujudkan laman blog masing-masing bagi tujuan perkongsian maklumat yang berguna. Pihak APIS mengucapkan syabas atas usaha yang sangat positif ini, dan organisasi-organisasi pelajar yang lain turut diseru untuk memulakan langkah yang murni ini.
Berikut disenaraikan laman blog BADAR mengikut SBP masing-masing:
- Badan Da’wah dan Rohani Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
- Badan Da’wah dan Rohani SBPI Sabak Bernam (INTER SABER)
- Badan Da’wah dan Rohani Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)
- Badan Ugama Sekolah Sultan Alam Shah (BUSAS) Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
- Badan Nahdhah Islamiah (BANI) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Badan Ukhwah Dakwah Islamiah (BUDI) SBPI Gombak (INTERGOMB)
- Badan Da’wah dan Rohani SBPI Rawang (SEPINTAR)
- Badan Agama Islam (BADAI) Sekolah Seri Puteri (SSP)
- Badan Da’wah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER)
- Semashur Islamic Society (SIS) Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
- Badan Da’wah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH)
- Badan Da’wah dan Kerohanian SBPI Temerloh
- Badan Da’wah dan Rohani SBPI Kubang Pasu (SBPIKP)
Insya ALLAH, moga-moga dengan adanya kemajuan teknologi maklumat dan perhubungan, usaha untuk mempertingkatkan kefahaman Islam dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Mari sama-sama kita mainkan peranan demi kegemilangan Islam.

RSS

7 komen
ainnul:
19 September 2009 at 12:41 pm (GMT +0000)
salam ukhwah abadan abada
lunia:
19 September 2009 at 12:44 pm (GMT +0000)
tahniah……….buat apis …..moga usaha antum X sia2
APIS:
19 September 2009 at 12:56 pm (GMT +0000)
kepada ainnul, salam ukhuwwah abadan abada juga kpd anda,
kepada lunia, alhamdulillah, insya ALLAH kita teruskan usaha ini sama-sama, untuk DIA.
BADAR SBPIKP:
11 Mac 2010 at 4:30 pm (GMT +0800)
Assalamualaikum,
Boleh tolong link kan Blog BADAR SBPI KUBANG PASU, KEDAH..
–> http://badarsbpikp.blogspot.com
Pertolongan anda kami dahului dengan ucapan RIBUAN TERIMA KASIH..
Syukran..
Al-Fath:
11 Mac 2010 at 8:22 pm (GMT +0800)
Salam. Alhamdulillah kita sudah masukkan alamat blog Badar SBPIKP. Mohon anda di sana dapat promosikan Portal APIS.
Syukran
badai ssp:
11 Mac 2010 at 10:10 pm (GMT +0800)
salam, maaf blh tukar link untuk blog kami?
ini yang terbaru. syukran jazilan.
http://badaiseriputeri.blogspot.com/
wsslm.
Al-Fath:
11 Mac 2010 at 12:28 pm (GMT +0800)
Salaam. Hamdalah, pihak APIS sudah edit pautan tersebut. Apa khabar adik-adik di sana? Jika tak keberatan, sudi-sudilah pertingkatkan kerjasama dengan APIS. Insya Allah