RSS icon RSS

Jemputan ke Majlis Perhimpunan Agung Tahunan APIS ke-3

Anda semua dijemput menghadiri acara perdana tahunan APIS ini.

Jemputan ke Perhimpunan Agung Tahunan Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) ke-3

Tarikh – Sabtu, 13 Mac 2010

Tempat – Masjid al-Muttaqin, Wangsa Melawati

Masa – 8 pagi-5 petang.

Yuran penyertaan – RM10

Penginapan dan makanan disediakan

Boleh turun di stesen LRT Wangsa Maju.Dah sampai, boleh hubungi Azharul 013-2751052 untuk ke masjid.

*Anda berpeluang untuk mengikuti Ucapan Dasar Presiden APIS, perbahasan ucapan dasar, pembentangan laporan tahunan, usul dan cadangan, serta pelantikan exco APIS yang baru sesi 2010/2011.

Pada masa yang sama, peluang untuk meluaskan ukhuwwah Islamiyah. Moga-moga kehadiran kita bermakna, dan memberikan kebaikan untuk umat Islam.

Sebar-sebarkan.

Perkhemahan Kepemimpinan Intergrasi BADAR SDAR-SHAMS

Satu Perkhemahan Kepemimpinan Intergrasi Badar SDAR- SHAMS akan diadakan bagi membina intergrasi perkongsian amal Badar antara dua buah sekolah yang bertaraf SBT dan Kluster. Mengambil kira SHAMS selaku sebuah sekolah Kluster yang menjadikan Badar sebagai kebitaraannya, maka Badar SDAR bergerak selangkah ke depan menganjurkan perkhemahan kepemimpinan ini bagi merapatkan julat intergrasi antara dua aliran sekolah yang berbeza iaitu SBP dan SMKA. Perkhemahan ini akan diadakan pada :

Tarikh : 26 – 28 Februari 2010

Tempat : Kompleks Uniti Pasir Panjang Port Dickson, N. Sembilan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan :

  • Team Building
  • War Game
  • Rafting
  • Motivasi Kesedaran Diri
  • Leadership Talk

*Dipetik daripada laman http://badarsdar.wordpress.com/

APIS mengucapkan setinggi tahniah kepada warga BADAR SDAR dan SHAMS serta berharap agar segala manfaat yang diperoleh dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat seangkatan BADAR di SBP-SBP yang lain. Insya Allah, semoga usaha sebegini dapat dilaksanakan dengan istiqamah dalam usaha melahirkan generasi ulul albab.

Bulan Dakwah : Syabab Cergas (SBPI Jempol)

Pada 7 Feb 2010, salah satu aktiviti bulan Dakwah iaitu aktiviti Syabab Cergas telah diadakan di gelanggang Bola Tampar SBP Integrasi Jempol anjuran Saff Pimpinan BADAR. Salah satu objektif dalam aktiviti ini adalah mengeratkan silaturahim antara kumpulan usrah. Pelancaran Syabab Cergas dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai gimik pelancaran. Yang menariknya, senamrobik yang dipersembahkan adalah senamrobik dengan menggunakan lagu-lagu nasyid terkini. Turut hadir MGP Badar memeriahkan lagi pelancaran aktiviti Syabab Cergas. Selain Senamrobik BADAR, terdapat pertandingan futsal dan Galah Panjang antara Kumpulan Usrah sebagai aktiviti penting dalam Syabab Cergas. Unit ICT BADAR mengucapkan tahniah dan berharap warga SBP Integrasi Jempol dapat memberikan sokongan yang sepenuhnya bagi program-program yang dianjurkan oleh SP BADAR pada masa-masa akan datang.

*Dipetik daripada laman http://badarsbpij.blogspot.com/

MANTAP MCKK Dapat Sambutan Baik

Sesi ceramah mengenai peranan Hamba dan Khalifah oleh Sdr. Abu Qassim.

Pada 6 dan 7 Februari 2010 yang lalu bertempat di Malay College Kuala Kangsar, Perak Program Pemantapan BANI MCKK (MANTAP) telah berjaya dilaksanakan. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. atas keizinan yang telah diberikan.

Program yang bermula pada Sabtu malam Ahad tersebut disertai oleh 40 orang pelajar MCKK yang merupakan Exco dan para pelapis Exco Badan Nahdhah Islamiyyah (BANI) yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 hingga ke tingkatan 5. Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ustaz Abdul Latif, Guru Cemerlang Pendidikan Islam MCKK yang merangkap Penasihat bagi BANI.

Program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Sdr. Abu Qassim, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM yang berkisar tentang konsep Hamba dan Khalifah. Dalam ceramah yang disampaikan juga, peserta banyak didedahkan mengenai buku yang wajar dijadikan bacaan, lebih-lebih lagi apabila memikul amanah sebagai pemimpin.

Baca artikel penuh »

Program Penghayatan Bulan Kelahiran Rasulullah s.a.w.

Semua warga APIS dan muslimin muslimat umumnya dijemput untuk meraikan bulan kelahiran Rasulullah s.a.w.

*Al-Fanid: Gula-gula

Program Tafaqquh Fid Din

Program bertempat di Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Ampang di bawah bimbingan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Insya Allah, makluman yang sangat berguna ini boleh sama-sama kita panjangkan kepada sahabat-sahabiah muslimin muslimat yang lain dalam usaha untuk memahami agama Islam tercinta melalui pembelajaran bersama para ‘ulama.

Pengajian Kitab Siyarus Salikin

Pengajian Kitab Siyarus Salikin bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki yang dianjurkan oleh Masjid Al-Falah (MAF) USJ 9 adalah dijadualkan seperti berikut:

*Maklumat lanjut juga boleh dicapai pada laman Masjid Al-Falah USJ 9; http://alfalahusj9.blogspot.com/

Tempat: Dewan Solat Masjid Al-Falah USJ9

Masa :

JAM 9.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI

25 FEBRUARI 2010 (Khamis)  {Sempena Maulidurrasul}

21 MAC 2010 (Ahad)

18 APRIL 2010 (Ahad)

2 MEI 2010 (Ahad)

** Semua jadual tertakluk kepada perubahan semasa.

Pada peringkat APIS, kita sangat menganjurkan dan menggalakkan para ahli dan muslimin muslimat yang lain secara umumnya untuk menghadiri majlis talaqqi yang sangat berkat ini, insya ALLAH. Kitab Siyarus Salikin ialah sebuah kitab tasawuf yang ditulis oleh Syeikh Abdul Samad Falimbani, yang merupakan salah seorang ‘ulama nusantara. Insya Allah, berkat belajar secara talaqqi, akan bermanfaat ilmu yang diperolehi.

Laporan Program Induksi BADAR SMSJ 2010

KLUANG – Bertempat di SM Sains Johor (SMSJ), organisasi Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) dengan kerjasama bekas pelajar SMSJ telah berjaya mengadakan Program Induksi BADAR SMSJ 2010 pada 8 Safar 1431H bersamaan dengan 24 Januari 2010.

Saudara Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki (bekas pelajar MCKK) serta tiga orang bekas pelajar SAS dan tiga orang lagi muslimah bekas pelajar SBP telah didatangkan khas untuk mengimarahkan lagi program ini. Manakala 37 orang pelajar yang terdiri daripada 16 muslimin dan 21 muslimah terlibat sebagai peserta.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan pengurusan organisasi dan juga memberi pencerahan tentang hala tuju BADAR SMSJ. Program yang pada awalnya dijadualkan bermula pada 22 Januari hingga 24 Januari itu telah terpaksa ditunda dan diringkaskan kepada program satu hari kerana tindihan program oleh pihak sekolah dan kemangkatan Sultan Johor.
Baca artikel penuh »

Laporan Hari Keluarga APIS 2010

Shah Alam – Sebuah program yang dianjurkan oleh organisasi APIS telah berjaya dijalankan di Bukit Cerakah pada 30 Januari 2010. Seramai 21 bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia telah menyertai program yang diberi nama Hari Keluarga APIS 2010 itu.

Mengikut perancangan, program bermula pada pukul 10 pagi. Namun atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, program tergelincir dari waktu yang dijadualkan. Program bermula pada pukul 12.30 tengah hari dengan slot yang pertama iaitu Ice-Breaking.

Usai slot pertama, slot Sukaneka pula dijalankan. Terdapat dua permainan dalam slot tersebut – Roller Rolley dan Cawan Ukhuwah. Dua kumpulan dibentuk oleh peserta lelaki manakala peserta perempuan membentuk empat kumpulan.

Selesai sahaja acara sukaneka, semua peserta menikmati makanan tengah hari dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Slot seterusnya ialah melawat Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. APIS amat bertuah pada hari itu kerana dapat menikmati iklim musim sejuk walaupun salji yang ada hanyalah salji tiruan.

Akhir sekali, slot penutupan dijalankan. Peserta diberi borang pendaftaran APIS dan borang maklum balas tentang program hari itu. Selepas menyampaikan hadiah sukaneka kepada semua kumpulan, program Hari Keluarga APIS 2010 diakhiri dengan ucapan penutup Ustaz Ikhwan Zaki.

Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang dan semoga perjalanan program yang seterusnya dapat berjalan dengan lebih lancar. Ukhuwah islamiah yang dipupuk dalam program tersebut diharapkan dapat diteruskan oleh semua peserta dan ahli jawatankuasa.

Oleh,
Normen b. Halusran,
AJK Sukaneka Hari Keluarga.

Koleksi Gambar Sepanjang Program

Hari Keluarga APIS 2010

Assala mu’alaikum kepada semua,

Anda semua dijemput untuk menyertai Program Hari Keluarga APIS 2010.

Program ini adalah percuma dan terhad kepada 50 peserta terawal, jadi anda perlu mendaftarkan diri dengan segera.

Maklumat mengenai Program Hari Keluarga APIS  2010 adalah seperti berikut:

Tarikh: 30 Januari 2010

Tempat: Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam.

Hari: Sabtu

Masa: 10 pagi hingga 4 petang

Anjuran: Biro Da’wah dan Tarbiyyah APIS

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi:

Lelaki: Ikhwan 0193776167

Perempuan: Syuhada 0132786118

Matlamat Program:

  • Memberi penekanan tentang kepentingan ukhuwwah  antara ahli.
  • Menguatkan ukhwah dalam kalangan ahli APIS dan pimpinan.
  • Menguatkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli dan pimpinan APIS

Tentatif:

10.00 pagi : Berkumpul dan taklimat.

10.15 pagi: Masuk ke Shah Alam Malaysia Agriculture Park

12.00 tengah hari: Makan Tengah hari di Lake and Observation Tower

1.30 tengah hari : Solat Zohor

2.15 petang : Masuk ke Rumah Empat Musim

3.00 petang : Sukaneka

4.00 petang : Bersurai


Cara ke sana:

Kenderaan persendirian

  • Jika dari K.Lumpur, ambil Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menghala ke Klang.
  • Selepas Plaza Tol Batu Tiga, ambil susur keluar yang ketiga menuju Bulatan Melawati/Persiaran Tengku Ampuan.
  • Di bulatan itu, ambil exit ke kanan menuju Persiaran Kayangan.
  • Terus sahaja pada Persiaran Kayangan.
  • Anda akan berjumpa dengan satu lagi bulatan – ambil exit terus ke depan
  • Terus lagi pada Persiaran Kayangan menuju Seksyen 8.
  • Selepas beberapa lampu isyarat, anda akan dapat melihat papan tanda menuju Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Belok kanan memasuki Jalan Liku 8/1.
  • Terus pada Jalan Liku 8/1 sehingga anda sampai pada perkarangan kawasan letak kereta.
  • Jika anda membawa kereta sendiri, anda akan diminta untuk membayar RM1 untuk parking.
  • Jika ibubapa anda yang menghantar, katakan anda datang hanya untuk diturunkan – untuk mengelak dari perlu membayar RM1.
  • Jika sesat, boleh ikut papan tanda menuju Seksyen 8. Di Seksyen 8, anda akan mendapati papan tanda ke lokasi Program Hari Keluarga APIS 2010. Atau boleh sahaja menghubungi wakil-wakil kami.
  • Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba disitu antara jam 8.30-9.30 pagi.

Pengangkutan awam

  • Naik komuter (KTMB) pada mana-mana stesen dan turun di Stesen Padang Jawa.
  • Setibanya di stesen Padang Jawa, anda akan dapati wakil-wakil kami disana menantikan kehadiran anda untuk dibawa ke lokasi program.
  • Jika tiada sesiapa disana, boleh hubungi wakil-wakil kami:
  • Naik bas Rapid KL nombor 63 atau 338 dari Kuala Lumpur dan turun di stesen bas berdekatan bangunan Maybank di pusat bandar Shah Alam. Dari situ, ambil teksi untuk ke tempat program.
  • Juga naik komuter (KTMB) dan turun di stesen Shah Alam. Kemudian ambil teksi untuk ke tempat program dan ini akan mengambil masa dalam 20 minit.

Apa bertunggu lagi? Jom la kita sertai program ini. Moga-moga dapat dijalin dan dimantapkan ukhuwwah antara kita semua. Jumpa di sana nanti!

Artikel terdahulu