RSS icon RSS

Motivasi: Sebenarnya Ia Lebih Besar Daripada Kekotoran

Siapa yang pandang berat akan dosanya?

Suka kotor?

Kalau rumah anda kotor, apa yang anda lakukan?

Selepas buang air besar atau air kecil(orang dulu-dulu panggil sungai besar, sungai kecil), apa yang anda buat pada kemaluan anda?

Kalau baju anda terpalit najis, apa yang anda lakukan?
Baca artikel penuh »

Terus Menjadi Hebat?

Tiada siapa terus menjadi hebat. ~ picture by Dinardi of Deviant Art

Artikel oleh : Hilal Asyraf  (http://ms.langitilahi.com)

“Ana dah ikut dah step-step dia, tetapi kenapa tak berjaya?”

“Saya dah usaha untuk contohi dia, tapi saya masih macam dahulu”

Kita merungut apabila kita lihat, kita tidak berjaya mencontohi seseorang yang cemerlang dalam medan kehidupan. Akhirnya, kita disapa rasa lemah dan berputus asa. Kita rasa diri kita memang ditakdirkan untuk tidak cemerlang dan tidak mampu melakukan apa-apa.

Sedangkan, kita baru sahaja hendak mencontohinya. Dia memakan masa setahun untuk cemerlang, kita hendak cemerlang sepertinya dalam masa sebulan sahaja. Kejayaannya memakan masa 10 tahun, kita hendak cemerlang sepertinya dalam masa setahun sahaja.

Sememangnya bila kita tidak berjaya, kita akan rasa kecewa.

Sebab di dalam dunia ini, memang tiada manusia yang akan terus menjadi hebat.

Kejayaan perlukan usaha, usaha perlukan masa

Kita melihat penulis hebat seperti A. Samad Said dan kita ingin mencontohinya. Kita pun berusaha pergi ke bengkel-bengkel untuk mencari tips penulisan agar kita mampu cemerlang sepertinya.

Selepas usaha kita itu, kita pun menulis satu karya, dan meminta rakan kita membacanya. Rakan memberikan komentar: “Apa kau tulis macam budak tadika ini?”

Kita terus rasa lemah. Kita rasa bahawa, kita memang tidak akan mampu berjaya. Usahalah banyak mana pun, kita rasa kita tidak akan sesekali mengucup kecemerlangan.

Di sini masalah kita. Kita hanya faham bahawa kejayaan perlukan usaha.

Tetapi kita terlpa bahawa usaha memerlukan masa.

Sekali gagal, 10 kali dikritik, bukanya petanda bahawa kita akan tewas selama-lamanya. Hakikatnya, kegagalan, kritikan, hinaan dalam perjalanan ke arah kecemerlangan adalah ujian daripada Allah SWT untuk melihat kesungguhan kita.

Malah, itu adalah latihan berharga daripada Allah, agar kita belajar dari pengalaman hidup.

Tiada manusia terus berjaya, terus hebat. Semuanya mengalami ujian dan halangan, kadangkala beberapa kejatuhan, sebelum dia berjaya seperti apa yang kita lihat dia berjaya hari ini.

Usaha itu, berkali-kali

Rasulullah SAW tidak berdakwah sekali sahaja kepada seorang yang tertentu. Baginda berdakwah berkali-kali kepada manusia yang sama. Sebagai contoh, kepala-kepala musyrikin Makkah. Baginda tidak pernah bosan, tidak pernah rasa kecewa dengan hinaan dan seksaan mereka.

Hari pertama baginda memulakan dakwah secara terang, baginda mengumpulkan semua ahli Makkah di buki Safa. Baginda menjerit bertanya akan kepercayaan mereka kepada baginda. Mereka semua menyatakan bahawa mereka akan mempercayai baginda. Maka baginda menyeru kepada mereka supaya beriman kepada tuhan yang satu.

Ketika itu Abu Lahab berteriak: “Celakalah tangan Muhammad. Adakah kau mengumpulan kami hanya kerana ini?”

Dan seruannya itu tidak diendahkan.

Adakah baginda berhenti dari dakwahnya dan berkata: “Aku sudah ada wahyu dari langit, mereka masih tidak menerima. Nampaknya, aku ini memang akan gagal memperbaiki ummatku”

Begitukah?

Tidak. Baginda terus berusaha, dengan pelbagai lagi teknik dan cara, dengan pelbagai uslub dan pengajaran, dan akhirnya selepas 13 tahun, baginda berjaya membina satu negara sendiri di bawah bendera Islam, dan 10 tahun selepas itu, seluruh kaum Musyrikin Makkah, beriman kepada Allah SWT dalam peristiwa Fathu Makkah.

Siapa kata gagal itu, adalah kegagalan?

Gagal itu adalah pengajaran.

Apakah gagal yang sebenar?

Berputus asa. Itulah kegagalan yang sebenar.

Penutup: Teruskan usaha. Itu sendiri satu kehebatan.

Kesilapan kita dalam mencontohi seseorang, adalah kita berhajatkan diri kita benar-benar menjadi seperti orang itu. Sedangkan, kita dengan dia adalah dua manusia yang berbeza. Kita tidak pernah boleh menjadi seperti seseorang.

Bila kita mencontohi, kita sebenarnya mengekstrak apa yang ada pada dia, dan menjalankannya pada tubuh kita. Maka adalah perkara yang biasa sekiranya kejayaan yang dia capai, kita capai lebih lewat. Hal ini kerana, kita bukan dia.

Dan adalah luar biasa, lagi mengkagumkan, jika perkara yang dia berjaya capai, kita capai dengan lebih awal. Saya kata luar biasa lagi mengkagumkan, namun perkara ini bukannya mustahil. Ini terjadi kepada Dr Zakir Naikk yang berjaya melakukan sesuatu yang lebih hebat dari Ahmad Deedat Rahimahullah hanya dalammasa 4 tahun. Almarhum Ahmad Deedat sendiri berkata:

“Kau telah berjaya mencapai apa yang aku usahakan dalam 40 tahun ini, dengan hanya 4 tahun”

Tetapi pokokya kembali kepada usaha yang tidak kenal putus asa.

Dengan terus berusaha, usaha, usaha dan usaha, itu sendiri adalah satu kehebatan sebenarnya.

Apakah Nabi Saleh adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diazab? Apakah Nabi Lut adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diterbalikkan? Apakah Nabi Nuh seorang yang gagal apabila hanya 83 orang dari kaumnya yang terselamat? Apakah Nabi Yahya adalah seorang yang gagal apabila akhirnya kepalanya dipenggal?

Sesekali tidak. Bahkan mereka adalah manusia yang hebat yang pernah berjalan di atas muka bumi ini, kerana kegigihan usaha mereka yang tidak kenal lelah dan putus asa.

Bagaimana pula dengan kamu, wahai manusia yang ingin menjadikan dirinya hebat?

Ringkasan 30 Nasihat Buat Para Pendakwah

Para penda’wah membawa imej Islam yang dipamerkan kepada masyarakat. Kesilapan dan kecacatan akhlak mereka membawa kesan yang negatif kepada masyarakat. Kemuliaan ajaran Islam tercalar dengan pelbagai sangkaan yang tidak sepatutnya. Ayuh, tingkatkan usahamu wahai para penda’wah, moga-moga kalian tidak menjadi ejen fitnah untuk Islam.

Moga-moga ilmu ini bakal menjadi sesuatu yang berguna dan berkat untuk kita amalkan secara bersama, lebih-lebih lagi apabila membawa amanah selaku pendakwah.
Baca artikel penuh »

Bersikap Dengki

Dengki adalah antara penyakit hati yang berbahaya, menyebabkan ketenteraman jiwa sukar dicapai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh menghilangkan penyakit dengki.


Dengki adalah antara sifat mazmumah. Dengki ialah sikap tidak senang dengan kenikmatan yang diperoleh orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu daripada orang lain tersebut, baik dengan maksud agar kenikmatan itu berpindah ke tangan sendiri atau tidak.

Dengan definisi dengki yang demikian, maka kita tahu bahawa dengki termasuk dalam penyakit hati dan termasuk sifat yang tercela dalam pandangan agama.

Allah berfirman, terjemahannya:

“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan ni’mat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan Allah kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya?”

Surah An-Nisaa’: 54

Manusia kalau telah terhinggap penyakit dengki seperti ini, maka timbul dalam hatinya niat jahat untuk menghilangkan keni’matan yang telah diperoleh orang lain, dan dengan berbagai-bagai tipu daya ia membuat bermacam gangguan demi untuk menghilangkan kurnia yang diperoleh oleh mereka itu.

Dalam hal ini Allah Ta’ala berfirman, terjemahannya:

“Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”

Surah Al-Falaq: 5

Orang yang sedang dimusuhi oleh orang yang berhati dengki perlu berhati-hati dan berwaspada, kerana biasanya dengan diam-diam akan menghancurkan dan membuat fitnah dengan berbagai-bagai macam tipu daya. Dan si pendengki itu sendiri sebenarnya berasa terseksa batin seakan-akan ia tidak merasa ni’mat sama sekali sehingga dalam batinnya terasa berperang melawan musuh yang tidak kelihatan, dan orang yang seperti ini jiwanya selalu berasa kurang terhadap apa sahaja dimilikinya.

Sabda Rasulullah s.a.w. , terjemahannya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Takutlah kamu terhadap dengki, sesungguhnya dengki itu memakan kebaikan sebagaimana api makan kayu bakar atau Baginda bersabda, rumput.

Hadits Riwayat Abu Daud

Dalam hadits lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, terjemahannya:

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Janganlah kamu saling membenci, jangan saling mendengki, jangan saling memutuskan. Jadilah kamu (Wahai) hamba Allah bersaudara, tidak halal bagi seorang Muslim membiarkan saudaranya atas tiga hari.”

Hadits Riwayat Muttafaqun ‘Alaih

Rujukan: Kitab Tujuan Hidup Para Sufi, tulisan Syeikh Muhammad Al-Ghazali

Solat Malam Bagi Mengelakkan Kesunyian Kubur

Pada setiap malam, pada 1/3 penghujungnya adalah antara waktu yang paling hampir bagi seseorang memohon pengampunan dan keselamatan daripada Allah s.w.t. Ada disebutkan dalam hadits bahawa Allah s.w.t. bersedia mendengar permohonan hamba-Nya pada setiap malam waktu 1/3 akhir.

Menunaikan Solat Dua Raka’at Pada Waktu Malam Untuk Menghadapi Kesunyian Kubur


Oleh Al-Ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Penda’wah.

Pesanan Rasulullah s.a.w. adalah menggalakkan umatnya mendirikan solat malam. Baginda s.a.w. menjelaskan bahawa keutamaan ‘ibadah solat pada waktu malam amat besar dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Baginda menyatakan:

وصل ركعتين في ظلمة الليل لو حشة القبور

Maksudnya:

“Tunaikanlah solat dua raka’at dalam kegelapan malam, demi kesunyian di kubur.”

Baca artikel penuh »

Tarbiyyah Perlu Dirasai dan Dialami

Hayatilah !

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot atau purba? begitulah detak hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampaknya ke tepi jalan.

“Assalamualaikum Warahmatullah, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Bunyi satu suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling.

Siapa kau berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar negara ini.

“Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis.

Baca artikel penuh »

Warkah Muhasabah buat Pengirim & Penerima

Ditulis Oleh : Siti Munirah binti Abdul Rashid
(wwwqamarmuneera.blogspot.com)
Diedit Oleh : Hafizi Radzi

Hebat Bukan Penulis?
Kelahiran generasi Salahuddin al-Ayyubi merupakan kelangsungan tarbiyyah (pendidikan) awal daripada kitab Ihya’ Ulumuddin yang dikarang oleh Imam Ghazali. Antara ulama yang lahir setelah Imam Ghazali ialah Abdul Qadir Jailani yang secara langsung telah mengasakan generasi baru, iaitu generasi Salahuddin. Tidak keterlaluan untuk saya katakana Baitul Maqdis Berjaya dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi natijah daripada tulisan Imam Ghazali. Hari ini Baitul Maqdis kembali ditawan. Saya percaya akan bangkit satu lagi generasi Salahuddin al-Ayyubi kerana kitab Ihya’ Ulumuddin masih kekal hingga ke hari ini. Hebat bukan penulis?

Pernah dengar Qasidah Burdah yang dikarang oleh Imam Busiri? Puisi sebanyak 160 bait ini merupakan puisi menceritakan tentang perutusan Baginda SAW, kelahiran Baginda, ghazwah yang disertai Baginda hinggalah kepada keunggulan akhlak Baginda SAW serta kehebatan mukjizat yang dikurniakan kepada Baginda Rasulullah SAW. Jiwa-jiwa yang mati kembali hidup tatkala mendengar puisi Imam Busiri. Anak-anak orang Islam pada zaman silam diajarkan tentangnya dan menjadi nasyid harian. Bahkan ada di antara ‘ulama seperti Ibnu Hajar Haithami yang menganggap harus untuk mempelajari puisi ini bagi penuntut-penuntutnya dalam usaha memupuk kecintaan terhadap baginda Rasulullah SAW. Bayangkan, insan seperti Imam Busiri telah mati lebih 800 tahun lampau, namun bait-bait puisinya masih meniti bibir umat manusia hari ini. SubhanaLLah!! Hebat bukan penulis?
Baca artikel penuh »

Doa Orang Dizalimi

Bersumberkan Abdullah bin Abbas r. ‘anhuma memberitakan Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Ertinya:

Takutlah doa orang yang teraniaya; kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan Allah.

Hadits Riwayat Al-Bukhari

Pengajaran Hadits:

  • Islam menyuruh penganutnya supaya berbuat baik kepada semua manusia, terutama orang-orang Islam yang menjadi saudaranya dalam agama.
  • Seseorang Islam tidaklah wajar menganiaya atau menzalimi seseorang dengan merampas haknya, menyakitinya, menggangguinya, atau menjatuhkan maruahnya.
  • Padahlah buat orang yang zalim, sebab doa mangsa kezaliman terhadapnya adalah segera diperkenankan Allah dan tiada penghalang antaranya.

Terlanjur

Assalamu’alaikum Ustaz,

Saya ada kemusykilan dan ingin bertanya beberapa soalan kepada Ustaz. Diharap ustaz dapat membantu menjawab kemusykilan saya.

Pada bulan lepas saya telah terlanjur (berzina) dengan teman wanita saya. Baru-baru ini teman wanita saya telah berjumpa dgn doktor untuk ‘pregnancy test‘. Doktor mengesahkan hasil daripada ujian tersebut adalah positif yang bermakna telah sahlah bahawa teman wanita saya itu mengandung. Sekarang ini saya dan teman wanita saya sedang berfikir untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Soalan-soalan saya adalah seperti berikut:-

Pada pendapat Ustaz, apakah jalan yang sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah ini?
Baca artikel penuh »

Mengenali Pengertian Khusyuk dalam Solat

Seorang rakan bertanya kepada saya, bagaimanakah untuk mengekalkan khusyuk dalam solat? Meskipun tidak menjadi salah satu syarat sah dalam solat, hakikatnya khusyuk tetap menjadi suatu tuntutan yang amat penting demi menjaga kesempurnaan solat. Menurut pendapat saya, bagi menjawab persoalan bagaimana untuk khusyuk dalam solat, kita perlulah terlebih dahulu memahami apakah erti khusyuk, dan mengapakah perlu khusyuk dalam solat.

Baca artikel penuh »

Artikel terdahulu