Oleh Al-Fath, 11 Mac 2010
Kategori: Berita
Sumber: mstar.com.my
SPM 2009: 7,987 calon dapat gred A bagi semua mata pelajaran
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PUTRAJAYA: Seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
Menurut beliau, seramai 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.
“Angka-angka ini menunjukkan peningkatan dari segi kualiti sebanyak 1,710 calon atau 27.24 peratus,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007, di sini hari ini.
Baca artikel penuh »
Oleh Pentadbir Portal, 11 Mac 2010
Kategori: Berita

Gambar sekadar hiasan.
Alhamdulillah. Segala puji milik Allah s.w.t.
APIS dengan penuh perasaan sukacita ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada adik-adik calon SPM 2009 atas kejayaan keputusan yang diperoleh pada hari ini, Khamis 11 Mac 2010.
APIS juga berdoa agar anda semua terus berjaya dalam peringkat pengajian seterusnya. Selamat maju jaya diucapakan.
Abang-abang dan kakak-kakak dalam APIS bersedia untuk membantu anda dalam persiapan memilih dan melanjutkan pengajian pasca SPM.
Apa-apa pun, semoga kita bergembira dan bersyukur dengan ketentuan pemberian Allah s.w.t. kepada kita.
Ayuh kita hayati mesej Ilahi berikut:
“….. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Baqarah, ayat 216.
“Aku adalah menurut perasaan hamba-Ku terhadap Aku, jika dia menyangka yang baik maka itu untuk kebaikan dirinya sendiri, dan jika ia menyangka yang buruk maka itu juga kembali kepada dirinya sendiri.”
Hadits Qudsi diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya daripada Abu Hurairah.

Satu Perkhemahan Kepemimpinan Intergrasi Badar SDAR- SHAMS akan diadakan bagi membina intergrasi perkongsian amal Badar antara dua buah sekolah yang bertaraf SBT dan Kluster. Mengambil kira SHAMS selaku sebuah sekolah Kluster yang menjadikan Badar sebagai kebitaraannya, maka Badar SDAR bergerak selangkah ke depan menganjurkan perkhemahan kepemimpinan ini bagi merapatkan julat intergrasi antara dua aliran sekolah yang berbeza iaitu SBP dan SMKA. Perkhemahan ini akan diadakan pada :
Tarikh : 26 – 28 Februari 2010
Tempat : Kompleks Uniti Pasir Panjang Port Dickson, N. Sembilan.
Antara aktiviti yang akan dijalankan :
- Team Building
- War Game
- Rafting
- Motivasi Kesedaran Diri
- Leadership Talk
*Dipetik daripada laman http://badarsdar.wordpress.com/
APIS mengucapkan setinggi tahniah kepada warga BADAR SDAR dan SHAMS serta berharap agar segala manfaat yang diperoleh dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat seangkatan BADAR di SBP-SBP yang lain. Insya Allah, semoga usaha sebegini dapat dilaksanakan dengan istiqamah dalam usaha melahirkan generasi ulul albab.
Pada 7 Feb 2010, salah satu aktiviti bulan Dakwah iaitu aktiviti Syabab Cergas telah diadakan di gelanggang Bola Tampar SBP Integrasi Jempol anjuran Saff Pimpinan BADAR. Salah satu objektif dalam aktiviti ini adalah mengeratkan silaturahim antara kumpulan usrah. Pelancaran Syabab Cergas dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai gimik pelancaran. Yang menariknya, senamrobik yang dipersembahkan adalah senamrobik dengan menggunakan lagu-lagu nasyid terkini. Turut hadir MGP Badar memeriahkan lagi pelancaran aktiviti Syabab Cergas. Selain Senamrobik BADAR, terdapat pertandingan futsal dan Galah Panjang antara Kumpulan Usrah sebagai aktiviti penting dalam Syabab Cergas. Unit ICT BADAR mengucapkan tahniah dan berharap warga SBP Integrasi Jempol dapat memberikan sokongan yang sepenuhnya bagi program-program yang dianjurkan oleh SP BADAR pada masa-masa akan datang.


*Dipetik daripada laman http://badarsbpij.blogspot.com/
Sesi ceramah mengenai peranan Hamba dan Khalifah oleh Sdr. Abu Qassim.
Pada 6 dan 7 Februari 2010 yang lalu bertempat di Malay College Kuala Kangsar, Perak Program Pemantapan BANI MCKK (MANTAP) telah berjaya dilaksanakan. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. atas keizinan yang telah diberikan.
Program yang bermula pada Sabtu malam Ahad tersebut disertai oleh 40 orang pelajar MCKK yang merupakan Exco dan para pelapis Exco Badan Nahdhah Islamiyyah (BANI) yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 hingga ke tingkatan 5. Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ustaz Abdul Latif, Guru Cemerlang Pendidikan Islam MCKK yang merangkap Penasihat bagi BANI.
Program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Sdr. Abu Qassim, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM yang berkisar tentang konsep Hamba dan Khalifah. Dalam ceramah yang disampaikan juga, peserta banyak didedahkan mengenai buku yang wajar dijadikan bacaan, lebih-lebih lagi apabila memikul amanah sebagai pemimpin.
Baca artikel penuh »
Oleh Pentadbir Portal, 4 Februari 2010
Kategori: Berita

Kuala Lumpur, -Khamis. Pada Sabtu dan Ahad (6&7 Februari 2010) insya ALLAH pihak APIS akan bertandang ke SBP tertua di negara ini, ya’ni MCKK bagi menjayakan Program Pemantapan BANI (MANTAP) MCKK buat julung kalinya. Program ini diadakan khusus bagi mempertingkatkan kemahiran dan nilai-nilai kepimpinan Islam kepada exco dan para pelapis exco Badan Nahdhah Islamiah MCKK (BANI). Turut menjayakan MANTAP ialah pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Kunjungan ke MCKK menjadikan penglibatan yang kedua oleh APIS dalam membantu memperkasa peranan BADAR di SBP setelah kunjungannya ke SMS Johor di Kluang pada 24 Januari 2010 yang lalu.
Kita mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar, mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH dalam usaha untuk melahirkan generasi rabbani yang unggul dan gemilang dalam segenap aspek kehidupan.
Pihak APIS amat mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana SBP yang lain dalam menganjurkan program yang bersifat begini, ya’ni kursus pemantapan BADAR.

KLUANG – Bertempat di SM Sains Johor (SMSJ), organisasi Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) dengan kerjasama bekas pelajar SMSJ telah berjaya mengadakan Program Induksi BADAR SMSJ 2010 pada 8 Safar 1431H bersamaan dengan 24 Januari 2010.
Saudara Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki (bekas pelajar MCKK) serta tiga orang bekas pelajar SAS dan tiga orang lagi muslimah bekas pelajar SBP telah didatangkan khas untuk mengimarahkan lagi program ini. Manakala 37 orang pelajar yang terdiri daripada 16 muslimin dan 21 muslimah terlibat sebagai peserta.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan pengurusan organisasi dan juga memberi pencerahan tentang hala tuju BADAR SMSJ. Program yang pada awalnya dijadualkan bermula pada 22 Januari hingga 24 Januari itu telah terpaksa ditunda dan diringkaskan kepada program satu hari kerana tindihan program oleh pihak sekolah dan kemangkatan Sultan Johor.
Baca artikel penuh »
Shah Alam – Sebuah program yang dianjurkan oleh organisasi APIS telah berjaya dijalankan di Bukit Cerakah pada 30 Januari 2010. Seramai 21 bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia telah menyertai program yang diberi nama Hari Keluarga APIS 2010 itu.
Mengikut perancangan, program bermula pada pukul 10 pagi. Namun atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, program tergelincir dari waktu yang dijadualkan. Program bermula pada pukul 12.30 tengah hari dengan slot yang pertama iaitu Ice-Breaking.
Usai slot pertama, slot Sukaneka pula dijalankan. Terdapat dua permainan dalam slot tersebut – Roller Rolley dan Cawan Ukhuwah. Dua kumpulan dibentuk oleh peserta lelaki manakala peserta perempuan membentuk empat kumpulan.
Selesai sahaja acara sukaneka, semua peserta menikmati makanan tengah hari dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Slot seterusnya ialah melawat Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. APIS amat bertuah pada hari itu kerana dapat menikmati iklim musim sejuk walaupun salji yang ada hanyalah salji tiruan.
Akhir sekali, slot penutupan dijalankan. Peserta diberi borang pendaftaran APIS dan borang maklum balas tentang program hari itu. Selepas menyampaikan hadiah sukaneka kepada semua kumpulan, program Hari Keluarga APIS 2010 diakhiri dengan ucapan penutup Ustaz Ikhwan Zaki.
Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang dan semoga perjalanan program yang seterusnya dapat berjalan dengan lebih lancar. Ukhuwah islamiah yang dipupuk dalam program tersebut diharapkan dapat diteruskan oleh semua peserta dan ahli jawatankuasa.
Oleh,
Normen b. Halusran,
AJK Sukaneka Hari Keluarga.
Koleksi Gambar Sepanjang Program
Oleh Al-Fath, 25 Januari 2010
Kategori: Berita
Pihak APIS merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada 10 buah SBP yang telah tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Semoga kecemerlangan yang dimiliki terus dikekalkan dan ditingkatkan lagi. Bagi SBP yang tidak tersenarai, insya Allah akan sentiasa ada peluang untuk kita mencapai kecemerlangan dan pengiktirafan sebegini.
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi, membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
Sekolah terbabit adalah:
Sekolah berasrama penuh:
- Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
- Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
- Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
- Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
- Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
- Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
- Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
- Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
- Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
- Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:
- Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
- Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
- Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
- Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
- Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
- Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru
Sumber berita: www.bharian.com.my
Kuala Lumpur, 15 Januari- Pihak APIS bakal bertandang ke SMS Johor pada 23 dan 24 Januari ini bagi membantu menjayakan sebuah program pemantapan BADAR sekolah tersebut. Jemputan tersebut disampaikan sendiri oleh bekas pelajar SMS Johor yang juga merupakan AJK Penganjur bagi program tersebut.
Sepanjang program tersebut, APIS bakal mengisi dua slot, iaitu pembentangan mengenai Hala Tuju BADAR yang bakal membincangkan strategi memantapkan organisasi badan da’wah dan satu lagi slot perbincangan dalam kumpulan yang membolehkan perkongsian ilmu dan pengalaman yang berguna antara warga APIS yang telah pun menamatkan zaman persekolahan dengan para pelajar SMS Johor.
Insha Allah, kita doakan agar keselamatan perjalanan pergi dan balik warga APIS serta dimudahkan perjalanan program tersebut serta beroleh manfaat yang besar dan berkekalan.
Pada masa yang akan datang, insya Allah kita mengalu-alukan jemputan daripada mana-mana SBP bagi menjayakan program sedemikian rupa.