RSS icon RSS

Terus Menjadi Hebat?

Tiada siapa terus menjadi hebat. ~ picture by Dinardi of Deviant Art

Artikel oleh : Hilal Asyraf  (http://ms.langitilahi.com)

“Ana dah ikut dah step-step dia, tetapi kenapa tak berjaya?”

“Saya dah usaha untuk contohi dia, tapi saya masih macam dahulu”

Kita merungut apabila kita lihat, kita tidak berjaya mencontohi seseorang yang cemerlang dalam medan kehidupan. Akhirnya, kita disapa rasa lemah dan berputus asa. Kita rasa diri kita memang ditakdirkan untuk tidak cemerlang dan tidak mampu melakukan apa-apa.

Sedangkan, kita baru sahaja hendak mencontohinya. Dia memakan masa setahun untuk cemerlang, kita hendak cemerlang sepertinya dalam masa sebulan sahaja. Kejayaannya memakan masa 10 tahun, kita hendak cemerlang sepertinya dalam masa setahun sahaja.

Sememangnya bila kita tidak berjaya, kita akan rasa kecewa.

Sebab di dalam dunia ini, memang tiada manusia yang akan terus menjadi hebat.

Kejayaan perlukan usaha, usaha perlukan masa

Kita melihat penulis hebat seperti A. Samad Said dan kita ingin mencontohinya. Kita pun berusaha pergi ke bengkel-bengkel untuk mencari tips penulisan agar kita mampu cemerlang sepertinya.

Selepas usaha kita itu, kita pun menulis satu karya, dan meminta rakan kita membacanya. Rakan memberikan komentar: “Apa kau tulis macam budak tadika ini?”

Kita terus rasa lemah. Kita rasa bahawa, kita memang tidak akan mampu berjaya. Usahalah banyak mana pun, kita rasa kita tidak akan sesekali mengucup kecemerlangan.

Di sini masalah kita. Kita hanya faham bahawa kejayaan perlukan usaha.

Tetapi kita terlpa bahawa usaha memerlukan masa.

Sekali gagal, 10 kali dikritik, bukanya petanda bahawa kita akan tewas selama-lamanya. Hakikatnya, kegagalan, kritikan, hinaan dalam perjalanan ke arah kecemerlangan adalah ujian daripada Allah SWT untuk melihat kesungguhan kita.

Malah, itu adalah latihan berharga daripada Allah, agar kita belajar dari pengalaman hidup.

Tiada manusia terus berjaya, terus hebat. Semuanya mengalami ujian dan halangan, kadangkala beberapa kejatuhan, sebelum dia berjaya seperti apa yang kita lihat dia berjaya hari ini.

Usaha itu, berkali-kali

Rasulullah SAW tidak berdakwah sekali sahaja kepada seorang yang tertentu. Baginda berdakwah berkali-kali kepada manusia yang sama. Sebagai contoh, kepala-kepala musyrikin Makkah. Baginda tidak pernah bosan, tidak pernah rasa kecewa dengan hinaan dan seksaan mereka.

Hari pertama baginda memulakan dakwah secara terang, baginda mengumpulkan semua ahli Makkah di buki Safa. Baginda menjerit bertanya akan kepercayaan mereka kepada baginda. Mereka semua menyatakan bahawa mereka akan mempercayai baginda. Maka baginda menyeru kepada mereka supaya beriman kepada tuhan yang satu.

Ketika itu Abu Lahab berteriak: “Celakalah tangan Muhammad. Adakah kau mengumpulan kami hanya kerana ini?”

Dan seruannya itu tidak diendahkan.

Adakah baginda berhenti dari dakwahnya dan berkata: “Aku sudah ada wahyu dari langit, mereka masih tidak menerima. Nampaknya, aku ini memang akan gagal memperbaiki ummatku”

Begitukah?

Tidak. Baginda terus berusaha, dengan pelbagai lagi teknik dan cara, dengan pelbagai uslub dan pengajaran, dan akhirnya selepas 13 tahun, baginda berjaya membina satu negara sendiri di bawah bendera Islam, dan 10 tahun selepas itu, seluruh kaum Musyrikin Makkah, beriman kepada Allah SWT dalam peristiwa Fathu Makkah.

Siapa kata gagal itu, adalah kegagalan?

Gagal itu adalah pengajaran.

Apakah gagal yang sebenar?

Berputus asa. Itulah kegagalan yang sebenar.

Penutup: Teruskan usaha. Itu sendiri satu kehebatan.

Kesilapan kita dalam mencontohi seseorang, adalah kita berhajatkan diri kita benar-benar menjadi seperti orang itu. Sedangkan, kita dengan dia adalah dua manusia yang berbeza. Kita tidak pernah boleh menjadi seperti seseorang.

Bila kita mencontohi, kita sebenarnya mengekstrak apa yang ada pada dia, dan menjalankannya pada tubuh kita. Maka adalah perkara yang biasa sekiranya kejayaan yang dia capai, kita capai lebih lewat. Hal ini kerana, kita bukan dia.

Dan adalah luar biasa, lagi mengkagumkan, jika perkara yang dia berjaya capai, kita capai dengan lebih awal. Saya kata luar biasa lagi mengkagumkan, namun perkara ini bukannya mustahil. Ini terjadi kepada Dr Zakir Naikk yang berjaya melakukan sesuatu yang lebih hebat dari Ahmad Deedat Rahimahullah hanya dalammasa 4 tahun. Almarhum Ahmad Deedat sendiri berkata:

“Kau telah berjaya mencapai apa yang aku usahakan dalam 40 tahun ini, dengan hanya 4 tahun”

Tetapi pokokya kembali kepada usaha yang tidak kenal putus asa.

Dengan terus berusaha, usaha, usaha dan usaha, itu sendiri adalah satu kehebatan sebenarnya.

Apakah Nabi Saleh adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diazab? Apakah Nabi Lut adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diterbalikkan? Apakah Nabi Nuh seorang yang gagal apabila hanya 83 orang dari kaumnya yang terselamat? Apakah Nabi Yahya adalah seorang yang gagal apabila akhirnya kepalanya dipenggal?

Sesekali tidak. Bahkan mereka adalah manusia yang hebat yang pernah berjalan di atas muka bumi ini, kerana kegigihan usaha mereka yang tidak kenal lelah dan putus asa.

Bagaimana pula dengan kamu, wahai manusia yang ingin menjadikan dirinya hebat?

CARA MENGAWAL ‘STRESS’ DARI BUKU PERUBATAN ISLAM

Cara yang paling baik mengawal stress ialah dengan mengisi jiwa kita dengan ajaran Islam seperti solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir,bertahmid dan lain-lain lagi selain tidak meninggalkan solat fardu(1)Menjauhi Rokok dan perkara2 yang memabukkan,Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan..” (2)Tidur Yang Mencukupi Adalah Penawar. Tidur yang mencukupi merehatkan badan serta otak. Nabi Muhammad bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang membaca istighfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari-Muslim).

Abu Yazid Al-Bustami berkata:”Aku melakukan 4 kesalahan dlm langkahku..aku sangkakn aku ingat pada ALLAH…aku kenal DIA dan aku cinta padaNYA kerana itu aku mencari DIA..tetapi bila aku tiba padaNYA aku nampak bahawa ingatan ALLAH pada aku melebihi aku mengenali DIA dan cintanya DIA pada aku adalah sejak aku belum dilahirkan lagi dan kerana itu DIA menunjuk jalan agar aku mula mencariNYA..”

Bukalah Matamu

Hayatilah video ini. Moga bermanfaat.

Get the Flash Player to see this player.

Bahkan ia beberapa ayat yang terang dalam dada orang yang berilmu. Dan tiadalah yang menyangkal ayat-ayat Kami, kecuali orang-orang yang aniaya. (Al Ankabutt, 29 ; 49)

Taqwa kepada Allah Tanpa Mengira Tempat

Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kita berada.

Bersumberkan Abu Dzar Al-Ghifari r.a. memberitakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Ertinya:

Takutlah kepada Allah di mana sahaja anda berada.

Hadits Riwayat Abu Dawud dan At-Turmudzi: Hasan

Pengajaran:

  1. Rasulullah s.a.w. mengajak umatnya supaya takut kepada Allah, di mana Dia ialah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala gerak-geri hati dan perbuatan manusia; malah mengenai semua makhluk-Nya.
  2. Manusia ialah makhluk yang selalu aktif: bergerak dan berada di mana-mana tempat dan keadaan. Sebagai hamba Allah, seseorang hendaklah tetap takut kepada Allah di mana-mana sahaja; bukan hanya takut sewaktu berada di masjid atau di tempat orang ramai.
  3. Tanda iman yang sempurna ialah seseorang tetap takut kepada Allah di mana-mana sahaja dia berada sekalipun di tempat tersembunyi daripada pandangan manusia.

Moga Allah memelihara kita dalam keadaan bertaqwa kepada-Nya pada setiap ketika dan di setiap tempat.

Kepercayaan

Kepercayaan sentiasa menghasilkan fakta yang sebenar. Dalam mana-mana projek, faktor yang penting adalah kepercayaan saudara. Tanpanya, saudara tidak akan menghasilkan kejayaan. Ini adalah prinsip asas.”

- William James, profesor psikologi di Universiti Harvard.

Ghairah dalam Tugas

Setiap kali saya diberi tanggung jawab dalam melakukan sesuatu, saya berasa ‘ghairah’ hendak melakukannya.

-Tan Sri Harun Hashim

Sesuaikan Percakapan dan Pemikiran dengan Pendengar

Kamu perlu berfikir bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang.

-Nabi Muhammad s.a.w

Bahaya Cinta akan Dunia (Hubbud Dunya)

“Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sedikit pun.

- Surah Asy-Syu’araa,26: 87,88 dan 89.

Sifat Penda’wah

Penda’wah itu seperti air dan asap, ia mengalir dan meresap.
Profesor Sidek Baba

Artikel terdahulu