Anda semua dijemput menghadiri acara perdana tahunan APIS ini.
Jemputan ke Perhimpunan Agung Tahunan Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) ke-3
Tarikh – Sabtu, 13 Mac 2010
Tempat – Masjid al-Muttaqin, Wangsa Melawati
Masa – 8 pagi-5 petang.
Yuran penyertaan – RM10
Penginapan dan makanan disediakan
Boleh turun di stesen LRT Wangsa Maju.Dah sampai, boleh hubungi Azharul 013-2751052 untuk ke masjid.
*Anda berpeluang untuk mengikuti Ucapan Dasar Presiden APIS, perbahasan ucapan dasar, pembentangan laporan tahunan, usul dan cadangan, serta pelantikan exco APIS yang baru sesi 2010/2011.
Pada masa yang sama, peluang untuk meluaskan ukhuwwah Islamiyah. Moga-moga kehadiran kita bermakna, dan memberikan kebaikan untuk umat Islam.
Sebar-sebarkan.

Satu Perkhemahan Kepemimpinan Intergrasi Badar SDAR- SHAMS akan diadakan bagi membina intergrasi perkongsian amal Badar antara dua buah sekolah yang bertaraf SBT dan Kluster. Mengambil kira SHAMS selaku sebuah sekolah Kluster yang menjadikan Badar sebagai kebitaraannya, maka Badar SDAR bergerak selangkah ke depan menganjurkan perkhemahan kepemimpinan ini bagi merapatkan julat intergrasi antara dua aliran sekolah yang berbeza iaitu SBP dan SMKA. Perkhemahan ini akan diadakan pada :
Tarikh : 26 – 28 Februari 2010
Tempat : Kompleks Uniti Pasir Panjang Port Dickson, N. Sembilan.
Antara aktiviti yang akan dijalankan :
- Team Building
- War Game
- Rafting
- Motivasi Kesedaran Diri
- Leadership Talk
*Dipetik daripada laman http://badarsdar.wordpress.com/
APIS mengucapkan setinggi tahniah kepada warga BADAR SDAR dan SHAMS serta berharap agar segala manfaat yang diperoleh dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat seangkatan BADAR di SBP-SBP yang lain. Insya Allah, semoga usaha sebegini dapat dilaksanakan dengan istiqamah dalam usaha melahirkan generasi ulul albab.

Kepercayaan sentiasa menghasilkan fakta yang sebenar. Dalam mana-mana projek, faktor yang penting adalah kepercayaan saudara. Tanpanya, saudara tidak akan menghasilkan kejayaan. Ini adalah prinsip asas.”
- William James, profesor psikologi di Universiti Harvard.
Semua warga APIS dan muslimin muslimat umumnya dijemput untuk meraikan bulan kelahiran Rasulullah s.a.w.

*Al-Fanid: Gula-gula
Program bertempat di Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Ampang di bawah bimbingan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Insya Allah, makluman yang sangat berguna ini boleh sama-sama kita panjangkan kepada sahabat-sahabiah muslimin muslimat yang lain dalam usaha untuk memahami agama Islam tercinta melalui pembelajaran bersama para ‘ulama.

Pengajian Kitab Siyarus Salikin bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki yang dianjurkan oleh Masjid Al-Falah (MAF) USJ 9 adalah dijadualkan seperti berikut:
*Maklumat lanjut juga boleh dicapai pada laman Masjid Al-Falah USJ 9; http://alfalahusj9.blogspot.com/
Tempat: Dewan Solat Masjid Al-Falah USJ9
Masa :
JAM 9.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
25 FEBRUARI 2010 (Khamis) {Sempena Maulidurrasul}
21 MAC 2010 (Ahad)
18 APRIL 2010 (Ahad)
2 MEI 2010 (Ahad)
** Semua jadual tertakluk kepada perubahan semasa.
Pada peringkat APIS, kita sangat menganjurkan dan menggalakkan para ahli dan muslimin muslimat yang lain secara umumnya untuk menghadiri majlis talaqqi yang sangat berkat ini, insya ALLAH. Kitab Siyarus Salikin ialah sebuah kitab tasawuf yang ditulis oleh Syeikh Abdul Samad Falimbani, yang merupakan salah seorang ‘ulama nusantara. Insya Allah, berkat belajar secara talaqqi, akan bermanfaat ilmu yang diperolehi.
Assalamualaikum wbt.

Young Muslim Project dengan sokongn daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dengan bangganya membawa anda satu kuliah yang sangat istimewa tentang peringatan dan persediaan untuk menghadapi hari akhirat yang akan dipersembahkan oleh Ustadh Yahya Ibrahim, dari Perth, Australia.
Yahya Ibrahim Ustadh adalah seorang menjadi pembicara awam antarabangsa yang dinamik. Lahir dan dibesarkan di Toronto, Kanada, beliau telah mengadakan banyak perbincangan, seminar dan kelas-kelas di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Inggeris, Kanada, Australia dan lain-lain. Beliau telah mengkaji dan menterjemah beberapa kitab-kitab ulama terkemuka di dunia Muslim. Beliau merupakan salah seorang penceramah Muslim berbahasa Inggeris yang paling terkemuda & emotif di Barat. More on Yahya Ibrahim.
Sertai YMP dalam malam yang penuh introspeksi, pengetahuan, dan kebersamaan, insya Allah.
Waktu : Khamis, 4 Februari 2010, 8 – 10 PM
Tempat : Dewan Serbaguna, Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Jalan Setia Budi, Bukit Damansara, Kuala Lumpur
View Larger Map
Derma : Jumlah ikhlas peserta*
Jumpa di sana!
* YMP adalah tidak-pertubuhan bukan keuntungan. Sumbangan yang terkumpul akan membantu dalam penyewaan tempat.
Rujukan : http://young-muslims-project.blogspot.com/
Oleh Pentadbir Portal, 28 Januari 2010
Kategori: Pengumuman
Anda semua dijemput untuk menghadiri satu majlis pengajian secara talaqqi dengan Al-Ustaz Ahmad Fahmi bin Zamzam Al-Banjari Al-Nawdi Al-Maliki.


Assala mu’alaikum kepada semua,
Anda semua dijemput untuk menyertai Program Hari Keluarga APIS 2010.
Program ini adalah percuma dan terhad kepada 50 peserta terawal, jadi anda perlu mendaftarkan diri dengan segera.
Maklumat mengenai Program Hari Keluarga APIS 2010 adalah seperti berikut:
Tarikh: 30 Januari 2010
Tempat: Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam.
Hari: Sabtu
Masa: 10 pagi hingga 4 petang
Anjuran: Biro Da’wah dan Tarbiyyah APIS
Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi:
Lelaki: Ikhwan 0193776167
Perempuan: Syuhada 0132786118
Matlamat Program:
- Memberi penekanan tentang kepentingan ukhuwwah antara ahli.
- Menguatkan ukhwah dalam kalangan ahli APIS dan pimpinan.
- Menguatkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli dan pimpinan APIS
Tentatif:
10.00 pagi : Berkumpul dan taklimat.
10.15 pagi: Masuk ke Shah Alam Malaysia Agriculture Park
12.00 tengah hari: Makan Tengah hari di Lake and Observation Tower
1.30 tengah hari : Solat Zohor
2.15 petang : Masuk ke Rumah Empat Musim
3.00 petang : Sukaneka
4.00 petang : Bersurai
Cara ke sana:
Kenderaan persendirian
- Jika dari K.Lumpur, ambil Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menghala ke Klang.
- Selepas Plaza Tol Batu Tiga, ambil susur keluar yang ketiga menuju Bulatan Melawati/Persiaran Tengku Ampuan.
- Di bulatan itu, ambil exit ke kanan menuju Persiaran Kayangan.
- Terus sahaja pada Persiaran Kayangan.
- Anda akan berjumpa dengan satu lagi bulatan – ambil exit terus ke depan
- Terus lagi pada Persiaran Kayangan menuju Seksyen 8.
- Selepas beberapa lampu isyarat, anda akan dapat melihat papan tanda menuju Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Belok kanan memasuki Jalan Liku 8/1.
- Terus pada Jalan Liku 8/1 sehingga anda sampai pada perkarangan kawasan letak kereta.
- Jika anda membawa kereta sendiri, anda akan diminta untuk membayar RM1 untuk parking.
- Jika ibubapa anda yang menghantar, katakan anda datang hanya untuk diturunkan – untuk mengelak dari perlu membayar RM1.
- Jika sesat, boleh ikut papan tanda menuju Seksyen 8. Di Seksyen 8, anda akan mendapati papan tanda ke lokasi Program Hari Keluarga APIS 2010. Atau boleh sahaja menghubungi wakil-wakil kami.
- Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba disitu antara jam 8.30-9.30 pagi.
Pengangkutan awam
- Naik komuter (KTMB) pada mana-mana stesen dan turun di Stesen Padang Jawa.
- Setibanya di stesen Padang Jawa, anda akan dapati wakil-wakil kami disana menantikan kehadiran anda untuk dibawa ke lokasi program.
- Jika tiada sesiapa disana, boleh hubungi wakil-wakil kami:
- Naik bas Rapid KL nombor 63 atau 338 dari Kuala Lumpur dan turun di stesen bas berdekatan bangunan Maybank di pusat bandar Shah Alam. Dari situ, ambil teksi untuk ke tempat program.
- Juga naik komuter (KTMB) dan turun di stesen Shah Alam. Kemudian ambil teksi untuk ke tempat program dan ini akan mengambil masa dalam 20 minit.
Apa bertunggu lagi? Jom la kita sertai program ini. Moga-moga dapat dijalin dan dimantapkan ukhuwwah antara kita semua. Jumpa di sana nanti!
Berikut ialah hebahan mengenai aktiviti yang dianjurkan oleh salah sebuah NGO Islam (bukan APIS) di Malaysia iaitu ISMA. Moga beroleh manfaat yang besar dan berkekalan.

Maklumat lanjut dapat diperoleh di sini: http://kobanna.ismaweb.net/