Falsafah /Dasar
Membentuk peribadi muslim yang memiliki aqidah yang sahih dan sahsiah muslim bersedia untuk berjihad di jalan Allah.
Fungsi/Bidang Tugas:
- Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan penyelarasan fikrah ahli dan seluruh kegiatan dakwah dan tarbiyah APIS.
- Membentuk ahli yang memiliki iltizam yang tinggi untuk mendaulatkan Islam melalui pergerakan APIS.
- Menyedia, menyusun dan menyelaraskan program dan kegiatan dakwah dan tarbiyah yang sesuai dengan tujuan dan dasar perjuangan APIS bagi semua peringkat iaitu peringkat qiadah (kepimpinan), ahli APIS dan juga masyarakat umum.
- Bertanggungjawab melaporkan kepada Presiden dan Jawatankuasa Kerja APIS atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan tarbiyah tersebut.
- Menyedia dan mengeluarkan kenyataan tindakan, risalah ada sebarang penerbitan organisasi bagi merealisasikan misi dakwah dan tarbiyah yang sesuai dengan dasar, tujuan dan ketetapan-ketetapan organisasi dari semasa-semasa.
- Menyediakan takwim aktiviti tahunan.
Aktiviti :
- Usrah: taarif, takwin, tanfidz
- Halaqah / liqa’ fikr
- Tamrin ahli / pimpinan
- Seminar
- Penerbitan buku/bahan/risalah penerangan usrah, dakwah dan panduan kerja

RSS