Falsafah / Dasar

Membentuk pemikiran dan sahsiah ahli menjadi muslim yang seimbang dan selari dengan kehendak Al-Qur’an dan Al-Sunnah.

Fungsi / Bidang Tugas:

  1. Bertanggungjawab melaporkan kepada Presiden dan Jawatankuasa Kerja APIS atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan tarbiyah tersebut.
  2. Menyediakan takwim aktiviti tahunan
  3. Menyedia, menyusun dan menyelaraskan program dan kegiatan yang sesuai dengan tujuan dan dasar perjuangan APIS bagi semua peringkat iaitu peringkat qiadah (kepimpinan), ahli APIS dan juga masyarakat umum.

Aktiviti:

  1. Ceramah, halaqah dalaman dan luaran
  2. Seminar
  3. Usrah
  4. Riadah dan rehlah
  5. Lawatan
  6. Pidato, debat dan pengucapan umum