Teman, Tapi Mesra?
Sulit saya apabila diajukan persoalan sebegini.Hendak dikata couple,ada yang terasa. Hendak dikata bukan couple,mereka memang mesra.
Untuk Yang Berkata ’We’re Just Friends..’
Saya faham niat suci lagi murni anda berdua selari dengan tuntutan lita’arafu,saling berkenalan yang terkandung dalam ayat 13 surah al-Hujurat (Wow…siap dalil lagi).Mengukuhkan kemurnian niat anda, anda berdua menjalankan study group/pair yang terancang lagi sistematik untuk melonjakkan prestasi akademik masing-masing.
Baca artikel penuh »
Sekitar Keputusan SPM 2009
Sumber: mstar.com.my
SPM 2009: 7,987 calon dapat gred A bagi semua mata pelajaran
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PUTRAJAYA: Seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
Menurut beliau, seramai 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.
“Angka-angka ini menunjukkan peningkatan dari segi kualiti sebanyak 1,710 calon atau 27.24 peratus,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007, di sini hari ini.
Baca artikel penuh »
Tahniah kepada Semua Calon SPM 2009
Gambar sekadar hiasan.
Alhamdulillah. Segala puji milik Allah s.w.t.
APIS dengan penuh perasaan sukacita ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada adik-adik calon SPM 2009 atas kejayaan keputusan yang diperoleh pada hari ini, Khamis 11 Mac 2010.
APIS juga berdoa agar anda semua terus berjaya dalam peringkat pengajian seterusnya. Selamat maju jaya diucapakan.
Abang-abang dan kakak-kakak dalam APIS bersedia untuk membantu anda dalam persiapan memilih dan melanjutkan pengajian pasca SPM.
Apa-apa pun, semoga kita bergembira dan bersyukur dengan ketentuan pemberian Allah s.w.t. kepada kita.
Ayuh kita hayati mesej Ilahi berikut:
“….. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Baqarah, ayat 216.
“Aku adalah menurut perasaan hamba-Ku terhadap Aku, jika dia menyangka yang baik maka itu untuk kebaikan dirinya sendiri, dan jika ia menyangka yang buruk maka itu juga kembali kepada dirinya sendiri.”
Hadits Qudsi diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya daripada Abu Hurairah.
Motivasi: Sebenarnya Ia Lebih Besar Daripada Kekotoran
Siapa yang pandang berat akan dosanya?
Suka kotor?
Kalau rumah anda kotor, apa yang anda lakukan?
Selepas buang air besar atau air kecil(orang dulu-dulu panggil sungai besar, sungai kecil), apa yang anda buat pada kemaluan anda?
Kalau baju anda terpalit najis, apa yang anda lakukan?
Baca artikel penuh »

RSS

