Portal APIS

Teman, Tapi Mesra?
Sulit saya apabila diajukan persoalan sebegini.Hendak dikata couple,ada yang terasa. Hendak dikata bukan couple,mereka memang mesra.

Untuk Yang Berkata  ’We’re Just Friends..’

Saya faham niat suci lagi murni anda berdua  selari dengan tuntutan lita’arafu,saling berkenalan yang terkandung dalam ayat 13 surah al-Hujurat (Wow…siap dalil lagi).Mengukuhkan kemurnian niat anda, anda berdua menjalankan study group/pair yang terancang lagi sistematik untuk melonjakkan prestasi akademik masing-masing.

Saya faham,tetapi mulut manusia manakan dapat ditutup.Akan ada yang memperkatakan keintiman anda berdua,walaupun anda tidak serius dengannya dan menjaga adab dan batas pergaulan antara anda dan si dia.Saat ini anda perlu membuat sesuatu sebelum khabar angin ini menggangu perasaan anda.

Selari dengan pepatah Arab prevention is better than cure,anda harus kawal kurangkan hubungan dengan si dia.Cukuplah sekadar berjumpa di kelas atau untuk study group,tak perlu follow up dengan s.m.s sekali sejam.Tidak salah menghantar makanan,tak perlu makan berdua-duaan.

Ambillah masa untuk melakukan perubahan sebegini,saya percaya anda mampu mengubahnya!

Buat Pemerhati Bebas & Pengulas

Keprihatinan anda terhadap isu-isu masyarakat sebegini amatlah saya hargai.Anda seorang yang mengambil berat sesuatu perkara yang bakal melibatkan keharmonian hubungan dalam komuniti kita.

Namun,sekadar melabel dan mengumpat dari jauh tidak sedikit pun membaiki keadaan.Silap gaya, persahabatan yang dijalin sekian lama runtuh dek kerana ‘keprihatinan’ terhadap isu teman tapi mesra sahabat kita tadi.

Sentiasa bersangka baik kepada sahabat kita itu,ajaklah ia melakukan kebaikan dan amalan sunat bersama kita.Jika ada perkara berkaitan hubungan teman tapi mesra yang patut ditegur,lakukannya secara hikmah.Sentiasa doakan pintu hidayah terbuka di hati teman,insya Allah rakan kita akan berubah ke arah yang lebih baik.

Kita Manusia Juga

Baik yang berteman tapi mesra mahupun pengulas tak diundang,ingatlah sifat manusia sering lupa. Sememangnya fitrah manusia punyai rakan dan teman,sesama jantina apatah lagi berlainan jantina.

Hari ini kawan kita berteman tapi mesra,esok-esok dia berhenti.

Hari ini kita anti pada ‘teman tapi mesra’,lusa pula kita yang terlibat sama.

Cukuplah mengulas orang,mahu muhasabah aib sendiri.

Sumbangan Saudara Fakhruddin,

Bekas pelajar INTER SABER ‘08

Sekitar Keputusan SPM 2009
Sumber: mstar.com.my

SPM 2009: 7,987 calon dapat gred A bagi semua mata pelajaran

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PUTRAJAYA: Seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Menurut beliau, seramai 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.

“Angka-angka ini menunjukkan peningkatan dari segi kualiti sebanyak 1,710 calon atau 27.24 peratus,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007, di sini hari ini.

Calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, Gladys Tan Yee Kim diumumkan sebagai calon terbaik keseluruhan SPM 2009.

Beliau mendapat keseluruhan gred cemerlang (A+) bagi kesemua 10 mata pelajaran yang didudukinya.

Selain itu, Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan muncul sebagai sekolah terbaik.

Kata Alimuddin lagi, seramai 364,046 calon lulus SPM berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 68,131 atau 17 peratus calon berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki dalam SPM 2009 berbanding 60,902 atau 15.9 peratus pada 2008.

“Peningkatan ini menunjukkan peningkatan yang sangat baik,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G agak meningkat iaitu seramai 4,626 atau 1.15 peratus pada 2009 berbanding 2,589 atau 0.67 peratus pada 2008.

Katanya lagi, seramai 538 calon berkeperluan khas pelbagai kecacatan menduduki peperiksaan SPM 2009 berbanding 481 calon pada 2008.

“Daripada jumlah itu seramai 251 atau 51.9 peratus calon berjaya mendapat sijil SPM berbanding 208 atau 47.8 peratus pada 2008.

“Seorang calon rabun penglihatan telah berjaya mendapat 4A+, 3A dan 4A- daripada 11 mata pelajaran yang diambil manakala seorang lagi mendapat 4A+, 3A dan 3A- daripada sepuluh mata pelajaran yang mereka ambil,” katanya.

Menurutnya lagi, terdapat juga dua orang calon yang mengalami pelbagai kecacatan berjaya memperoleh pencapaian cemerlang.

Kedua-dua mereka mendapat 8A+ dan 2A daripada sepuluh mata pelajaran yang diambil.

Sementara itu, bagi keputusan STAM 2009, jumlah calon yang mendapat pangkat tertinggi iaitu Mumtaz bagi sepuluh mata pelajaran yang diduduki agak menurun iaitu seramai 422 calon atau 9 peratus berbanding 562 calon atau 12 peratus pada tahun sebelumnya.

Penurunan juga dapat dilihat bagi pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) iaitu seramai 608 calon (13 peratus) pada 2009 berbanding 811 calon (17.3 peratus) pada 2008.

“Bagaimanapun terdapat peningkatan bagi calaon yang mendapat pangkat Jayyid (baik) iaitu 1,407 calon pada tahun 2009 berbanding 994 pada 2008,” katanya.

Tahniah kepada Semua Calon SPM 2009
Gambar sekadar hiasan.

Alhamdulillah. Segala puji milik Allah s.w.t.

APIS dengan penuh perasaan sukacita ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada adik-adik calon SPM 2009 atas kejayaan keputusan yang diperoleh pada hari ini, Khamis 11 Mac 2010.

APIS juga berdoa agar anda semua terus berjaya dalam peringkat pengajian seterusnya. Selamat maju jaya diucapakan.

Abang-abang dan kakak-kakak dalam APIS bersedia untuk membantu anda dalam persiapan memilih dan melanjutkan pengajian pasca SPM.

Apa-apa pun, semoga kita bergembira dan bersyukur dengan ketentuan pemberian Allah s.w.t. kepada kita.

Ayuh kita hayati mesej Ilahi berikut:

“….. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqarah, ayat 216.

“Aku adalah menurut perasaan hamba-Ku terhadap Aku, jika dia menyangka yang baik maka itu untuk kebaikan dirinya sendiri, dan jika ia menyangka yang buruk maka itu juga kembali kepada dirinya sendiri.”

Hadits Qudsi diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya daripada Abu Hurairah.

Motivasi: Sebenarnya Ia Lebih Besar Daripada Kekotoran
Siapa yang pandang berat akan dosanya?

Suka kotor?

Kalau rumah anda kotor, apa yang anda lakukan?

Selepas buang air besar atau air kecil(orang dulu-dulu panggil sungai besar, sungai kecil), apa yang anda buat pada kemaluan anda?

Kalau baju anda terpalit najis, apa yang anda lakukan?

Jawapannya hanya satu untuk semua situasi itu.

Cuci, bersihkan. Rata-rata tidak akan membiarkan dirinya lama dengan najis atau kekotoran. Kita akan cepat-cepat cuci. Sebab apa? Sebab kotor, jijik, sebab nanti tak sah solat, sebab nanti bau busuk dan sebagainnya.

Jadi, apa pandangan anda terhadap dosa?

Manakah yang lebih besar? Najis dan kekotoran material, atau dosa kepada Allah SWT?

Apakah bila anda berdosa, anda bersegera bertaubat menyucikan diri?

Saya pernah menulis dalam satu post yang lama di website ini.

Bahawa orang yang beriman, dia akan melihat dosa ibarat gunung yang hendak menghempap dirinya. Orang yang tidak beriman pula, dia akan melihat dosa ibarat lalat yang hinggap pada hidung, dia menguis dan lalat itu lari.

Itu perumpamaan terhadap orang yang sensitif akan hubungannya dengan Allah, dan orang yang tidak sensitif akan hubungannya dengan Allah.

Hari ini, saya hanya hendak mengajak kita duduk sebentar dan bermuhasabah, bagaimana kita melayan dosa-dosa kita? Adakah kita menganggap dosa itu satu perkara kecil? Hingga kita melengah-lengahkan taubat kita kepada Allah SWT? Apakah kita menganggap, dosa itu satu perkara yang bersih, sehingga kita tidak tergerak untuk mencucinya segera?

Kalau najis, kita berusaha menyisihkannya dari diri kita. Hatta tahi cicak, apabila kita nampak di dalam rumah, di atas masjid, kita akan menyapu buang. Jangan kata perkara najis, perkara y7ang tak najis, macam kertas bersepah, pun kita akan usaha kemas.

Tetapi dosa?

Apa yang kita lakukan dengan dosa kita?

Apakah dosa kita, lebih kecil dari najis dan kekotoran material?

Kalau najis dan kekotoran material, kita bersegera cuci, segera kemaskan, bagaimana dosa kita kepada Allah SWT? Dosa kita kepada manusia?

Apa yang telah kita lakukan dengan dosa kita?

Dosa ada kaitan dengan keimanan. Ini satu perkara, yang manusia kadangkala terlepas pandang. Itulah yang menjadikan dosa, lebih besar dari najis atau kekotoran lain. Sebenarnya, apabila kita melakukan dosa, maka keimanan kita terganggu. Itu sudah cukup menjadi sesuatu yang besar, kepada mereka yang hendakkan redha Allah SWT dalam kehidupannya.

Ada dua hadith RasulullahSAW yang mengaitkan hal keimanan, dengan dosa insan.

“Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika ketika dia mencuri itu, dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, jika ketika dia meminum arak itu, dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, jika ketika dia berzina itu, dia beriman”

Al-Hadith.

Dari hadith ini, kita dapat melihat betapa apabila kita melakukan dosa, maka sebenarnya ketika kita melakukan dosa itu, hubungan kita dengan Allah terganggu. Kenapa apabila kita mencuri, kita tidak beriman? Kerana apabila kita mencuri, kita secara tidak langsung telah menafikan kewujudan Allah SWT yang sentiasa melihat kita.

“Barangsiapa antara kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan. Jika tidak mampu, maka cegahlah dengan lisan. Jika tidak mampu juga, maka cegahlah dengan hati. Dan mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman”

Al-Hadith.

Dari hadith ini pula, kita dapat mengukur meter keimanan kita. Selemah-lemah iman adalah membenci kemungkaran dengan hati. Tetapi adakah lagi iman kalau kita merasakan dosa itu sesuatu yang ringan, yang boleh dilengah-lengahkan pembersihannya, yang tak mengapa kalau kita lakukannya?

Kalau najis kita segera mencucinya, bagaimana dengan dosa kita?

Kehilangan sensitiviti sebegini, membuatkan kita lambat untuk kembali kepada Allah SWT. Semua orang tahu yang dia tak tahu dia mati bila. Mati boleh datang bila-bila. Tetapi kenapa manusia tak bersegera bertaubat kepada Allah SWT?

Kerana dia tidak rasa sensitif dengan dosanya. Kerana dia merasakan, dosanya adalah perkara kecil. Kerana dia merasakan, tidak mengapa untuk berdosa.

Manusia memang melakukan dosa. Kita tidak akan terlepas dari kesilapan. Tetapi adalah menjadi tuntutan, untuk kita bersegera memperbaiki kesilapan kita, mencuci dosa kita. Hal ini kerana, Allah SWT mencintai orang yang sering bertaubat dan menyucikan dirinya.

“Sesungguhnya Allah itu, mencintai orang yang sering bertaubat, dan menyucikan diri”

Surah Al-Baqarah ayat 222.

Nah, bagaimana anda melayan dosa anda?

Adakah anda merasakan dosa anda lebih jijik dari najis? Atau anda merasakan dosa anda ibarat lalat yang hinggap di hidung? Dikuis terbang hilang?

Mari sama-sama kita muhasabah, menggerakkan diri untuk menjadi yang terbaik di sisi-Nya.

Hilal Asyraf

www.langitilahi.com

Terus Menjadi Hebat?
Tiada siapa terus menjadi hebat. ~ picture by Dinardi of Deviant Art

Artikel oleh : Hilal Asyraf  (http://ms.langitilahi.com)

“Ana dah ikut dah step-step dia, tetapi kenapa tak berjaya?”

“Saya dah usaha untuk contohi dia, tapi saya masih macam dahulu”

Kita merungut apabila kita lihat, kita tidak berjaya mencontohi seseorang yang cemerlang dalam medan kehidupan. Akhirnya, kita disapa rasa lemah dan berputus asa. Kita rasa diri kita memang ditakdirkan untuk tidak cemerlang dan tidak mampu melakukan apa-apa.

Sedangkan, kita baru sahaja hendak mencontohinya. Dia memakan masa setahun untuk cemerlang, kita hendak cemerlang sepertinya dalam masa sebulan sahaja. Kejayaannya memakan masa 10 tahun, kita hendak cemerlang sepertinya dalam masa setahun sahaja.

Sememangnya bila kita tidak berjaya, kita akan rasa kecewa.

Sebab di dalam dunia ini, memang tiada manusia yang akan terus menjadi hebat.

Kejayaan perlukan usaha, usaha perlukan masa

Kita melihat penulis hebat seperti A. Samad Said dan kita ingin mencontohinya. Kita pun berusaha pergi ke bengkel-bengkel untuk mencari tips penulisan agar kita mampu cemerlang sepertinya.

Selepas usaha kita itu, kita pun menulis satu karya, dan meminta rakan kita membacanya. Rakan memberikan komentar: “Apa kau tulis macam budak tadika ini?”

Kita terus rasa lemah. Kita rasa bahawa, kita memang tidak akan mampu berjaya. Usahalah banyak mana pun, kita rasa kita tidak akan sesekali mengucup kecemerlangan.

Di sini masalah kita. Kita hanya faham bahawa kejayaan perlukan usaha.

Tetapi kita terlpa bahawa usaha memerlukan masa.

Sekali gagal, 10 kali dikritik, bukanya petanda bahawa kita akan tewas selama-lamanya. Hakikatnya, kegagalan, kritikan, hinaan dalam perjalanan ke arah kecemerlangan adalah ujian daripada Allah SWT untuk melihat kesungguhan kita.

Malah, itu adalah latihan berharga daripada Allah, agar kita belajar dari pengalaman hidup.

Tiada manusia terus berjaya, terus hebat. Semuanya mengalami ujian dan halangan, kadangkala beberapa kejatuhan, sebelum dia berjaya seperti apa yang kita lihat dia berjaya hari ini.

Usaha itu, berkali-kali

Rasulullah SAW tidak berdakwah sekali sahaja kepada seorang yang tertentu. Baginda berdakwah berkali-kali kepada manusia yang sama. Sebagai contoh, kepala-kepala musyrikin Makkah. Baginda tidak pernah bosan, tidak pernah rasa kecewa dengan hinaan dan seksaan mereka.

Hari pertama baginda memulakan dakwah secara terang, baginda mengumpulkan semua ahli Makkah di buki Safa. Baginda menjerit bertanya akan kepercayaan mereka kepada baginda. Mereka semua menyatakan bahawa mereka akan mempercayai baginda. Maka baginda menyeru kepada mereka supaya beriman kepada tuhan yang satu.

Ketika itu Abu Lahab berteriak: “Celakalah tangan Muhammad. Adakah kau mengumpulan kami hanya kerana ini?”

Dan seruannya itu tidak diendahkan.

Adakah baginda berhenti dari dakwahnya dan berkata: “Aku sudah ada wahyu dari langit, mereka masih tidak menerima. Nampaknya, aku ini memang akan gagal memperbaiki ummatku”

Begitukah?

Tidak. Baginda terus berusaha, dengan pelbagai lagi teknik dan cara, dengan pelbagai uslub dan pengajaran, dan akhirnya selepas 13 tahun, baginda berjaya membina satu negara sendiri di bawah bendera Islam, dan 10 tahun selepas itu, seluruh kaum Musyrikin Makkah, beriman kepada Allah SWT dalam peristiwa Fathu Makkah.

Siapa kata gagal itu, adalah kegagalan?

Gagal itu adalah pengajaran.

Apakah gagal yang sebenar?

Berputus asa. Itulah kegagalan yang sebenar.

Penutup: Teruskan usaha. Itu sendiri satu kehebatan.

Kesilapan kita dalam mencontohi seseorang, adalah kita berhajatkan diri kita benar-benar menjadi seperti orang itu. Sedangkan, kita dengan dia adalah dua manusia yang berbeza. Kita tidak pernah boleh menjadi seperti seseorang.

Bila kita mencontohi, kita sebenarnya mengekstrak apa yang ada pada dia, dan menjalankannya pada tubuh kita. Maka adalah perkara yang biasa sekiranya kejayaan yang dia capai, kita capai lebih lewat. Hal ini kerana, kita bukan dia.

Dan adalah luar biasa, lagi mengkagumkan, jika perkara yang dia berjaya capai, kita capai dengan lebih awal. Saya kata luar biasa lagi mengkagumkan, namun perkara ini bukannya mustahil. Ini terjadi kepada Dr Zakir Naikk yang berjaya melakukan sesuatu yang lebih hebat dari Ahmad Deedat Rahimahullah hanya dalammasa 4 tahun. Almarhum Ahmad Deedat sendiri berkata:

“Kau telah berjaya mencapai apa yang aku usahakan dalam 40 tahun ini, dengan hanya 4 tahun”

Tetapi pokokya kembali kepada usaha yang tidak kenal putus asa.

Dengan terus berusaha, usaha, usaha dan usaha, itu sendiri adalah satu kehebatan sebenarnya.

Apakah Nabi Saleh adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diazab? Apakah Nabi Lut adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diterbalikkan? Apakah Nabi Nuh seorang yang gagal apabila hanya 83 orang dari kaumnya yang terselamat? Apakah Nabi Yahya adalah seorang yang gagal apabila akhirnya kepalanya dipenggal?

Sesekali tidak. Bahkan mereka adalah manusia yang hebat yang pernah berjalan di atas muka bumi ini, kerana kegigihan usaha mereka yang tidak kenal lelah dan putus asa.

Bagaimana pula dengan kamu, wahai manusia yang ingin menjadikan dirinya hebat?

Jemputan ke Majlis Perhimpunan Agung Tahunan APIS ke-3
Anda semua dijemput menghadiri acara perdana tahunan APIS ini.

Jemputan ke Perhimpunan Agung Tahunan Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) ke-3

Tarikh     –  Sabtu, 13 Mac 2010

Tempat   –  Masjid al-Muttaqin, Wangsa Melawati

Masa      –  8 pagi-5 petang.

Yuran penyertaan    –  RM10

Penginapan dan makanan disediakan

Boleh turun di stesen LRT Wangsa Maju.Dah sampai, boleh hubungi Azharul 013-2751052 untuk ke masjid.

*Anda berpeluang untuk mengikuti Ucapan Dasar Presiden APIS, perbahasan ucapan dasar, pembentangan laporan tahunan, usul dan cadangan, serta pelantikan exco APIS yang baru sesi 2010/2011.

Pada masa yang sama, peluang untuk meluaskan ukhuwwah Islamiyah. Moga-moga kehadiran kita bermakna, dan memberikan kebaikan untuk umat Islam.

Sebar-sebarkan.

Ringkasan 30 Nasihat Buat Para Pendakwah
Para penda’wah membawa imej Islam yang dipamerkan kepada masyarakat. Kesilapan dan kecacatan akhlak mereka membawa kesan yang negatif kepada masyarakat. Kemuliaan ajaran Islam tercalar dengan pelbagai sangkaan yang tidak sepatutnya. Ayuh, tingkatkan usahamu wahai para penda’wah, moga-moga kalian tidak menjadi ejen fitnah untuk Islam.

Moga-moga ilmu ini bakal menjadi sesuatu yang berguna dan berkat untuk kita amalkan secara bersama, lebih-lebih lagi apabila membawa amanah selaku pendakwah.

Ringkasan 30 Nasihat Buat Para Pendakwah

1. Ikhlas.

2. Menentukan tujuan dakwah yang jelas.

3. Bersikap sebagai seorang mujahid.

4. Menuntut ilmu.

5. Tidak terlalu idealis.

6. Tidak berputus asa terhadap rahmat Allah.

7. Seimbang antara khauf (perasaan takut akan Allah) dan raja’ (pengharapan kepada Allah).

8. Tidak mengkritik peribadi tertentu dengan menyebut identiti mereka.

9. Tidak merasa bersih di hadapan orang.

10. Tidak menambahi ucapan melebihi kitabullah.

11. Tidak berpaling walau perosak dan kerosakan bermaharajalela.

12. Tidak menjadikan hadits maudhu’ sebagai dalil.

13. Tidak memperkecil organisasi atau kelompok tertentu.

14. Menentukan sesuatu masalah sesuai dengan kadarnya.

15. Berlemah lembut dan kasih sayang ketika memberi nasihat.

16. Bergaul dengan baik sesama manusia dan menghormati mereka.

17. Isytiharkan bahawa dakwah adalah untuk kemaslahatan.

18. Peka dan prihatin terhadap isu-isu semasa.

19. Berkomunikasi dengan orang lain sesuai tahap pemikirannya.

20. Tidak memperlihat aib orang lain untuk mengangkat diri sendiri.

21. Memelihara peribadi sebagai Qudwah.

22. Menjalinkan hubungan dengan orang lain.

23. Memiliki Wala’ dan Bara’ yang nisbi.

24. Memiliki sikap bermasyarakat.

25. Memelihara tadarruj dalam berdakwah.

26. Meletakkan manusia sesuai dengan kedudukannya.

27. Muhasabah dan memohon dengan rendah diri kepada Allah.

28. Memiliki kelebihan dalam amal ibadah.

29. Sedikit cita-cita terhadap dunia dan persiapkan menghadapi kematian.

30. Penampilan yang baik.

Rujukan: “Mihwar” -Rujukan Generasi Pewaris

Bersikap Dengki
Dengki adalah antara penyakit hati yang berbahaya, menyebabkan ketenteraman jiwa sukar dicapai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh menghilangkan penyakit dengki.

Dengki adalah antara sifat mazmumah. Dengki ialah sikap tidak senang dengan kenikmatan yang diperoleh orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu daripada orang lain tersebut, baik dengan maksud agar kenikmatan itu berpindah ke tangan sendiri atau tidak.

Dengan definisi dengki yang demikian, maka kita tahu bahawa dengki termasuk dalam penyakit hati dan termasuk sifat yang tercela dalam pandangan agama.

Allah berfirman, terjemahannya:

“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan ni’mat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan Allah kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya?”

Surah An-Nisaa’: 54

Manusia kalau telah terhinggap penyakit dengki seperti ini, maka timbul dalam hatinya niat jahat untuk menghilangkan keni’matan yang telah diperoleh orang lain, dan dengan berbagai-bagai tipu daya ia membuat bermacam gangguan demi untuk menghilangkan kurnia yang diperoleh oleh mereka itu.

Dalam hal ini Allah Ta’ala berfirman, terjemahannya:

“Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”

Surah Al-Falaq: 5

Orang yang sedang dimusuhi oleh orang yang berhati dengki perlu berhati-hati dan berwaspada, kerana biasanya dengan diam-diam akan menghancurkan dan membuat fitnah dengan berbagai-bagai macam tipu daya. Dan si pendengki itu sendiri sebenarnya berasa terseksa batin seakan-akan ia tidak merasa ni’mat sama sekali sehingga dalam batinnya terasa berperang melawan musuh yang tidak kelihatan, dan orang yang seperti ini jiwanya selalu berasa kurang terhadap apa sahaja dimilikinya.

Sabda Rasulullah s.a.w. , terjemahannya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Takutlah kamu terhadap dengki, sesungguhnya dengki itu memakan kebaikan sebagaimana api makan kayu bakar atau Baginda bersabda, rumput.

Hadits Riwayat Abu Daud

Dalam hadits lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, terjemahannya:

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Janganlah kamu saling membenci, jangan saling mendengki, jangan saling memutuskan. Jadilah kamu (Wahai) hamba Allah bersaudara, tidak halal bagi seorang Muslim membiarkan saudaranya atas tiga hari.”

Hadits Riwayat Muttafaqun ‘Alaih

Rujukan: Kitab Tujuan Hidup Para Sufi, tulisan Syeikh Muhammad Al-Ghazali

Solat Malam Bagi Mengelakkan Kesunyian Kubur
Pada setiap malam, pada 1/3 penghujungnya adalah antara waktu yang paling hampir bagi seseorang memohon pengampunan dan keselamatan daripada Allah s.w.t. Ada disebutkan dalam hadits bahawa Allah s.w.t. bersedia mendengar permohonan hamba-Nya pada setiap malam waktu 1/3 akhir.

Menunaikan Solat Dua Raka’at Pada Waktu Malam Untuk Menghadapi Kesunyian Kubur

Oleh Al-Ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Penda’wah.

Pesanan Rasulullah s.a.w. adalah menggalakkan umatnya mendirikan solat malam. Baginda s.a.w. menjelaskan bahawa keutamaan ‘ibadah solat pada waktu malam amat besar dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Baginda menyatakan:

وصل ركعتين في ظلمة الليل لو حشة القبور

Maksudnya:

“Tunaikanlah solat dua raka’at dalam kegelapan malam, demi kesunyian di kubur.”

Solat ialah penggerak utama kebangunan Nubuwwah. Hal ini bermula dengan (يا ايها المزمل) dan berakhir dengan (يا ايها المدثرقم فانذر).

Solat malam tidak dapat ditandingi oleh sebarang ‘ibadah. Solat malam membekalkan para mukmin dengan potensi dan daya juang yang tidak dapat digambarkan hebatnya. Itulah kurniaan Allah dan pemberian-Nya. Kenyataan ini diperkuatkan oleh firman Allah:

Maksudnya:

“Sesungguhnya jiwa (orang) yang terbentuk pada waktu malam itu lebih mantap (keperibadiannya) dan lebih jitu kata-katanya.”

Surah Al-Muzzammil: ayat 6

Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika pernah menjelaskan keutamaan dan fadhilat solat malam. Baginda s.a.w. menyatakan yang maksudnya berbunyi:

“Hendaklah kalian mengerjakan solat pada waktu malam, justeru itu ialah amalan orang-orang soleh sebelum kamu dan yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu. Ia penebus segala dosa, pencegah daripada segala keburukan. Ia dapat menghapuskan penyakit yang ada dalam badan seseorang.”

Hadits riwayat Tabarani dan Tarmizi

Diriwayatkan bahawa Jibril datang menemui Nabi s.a.w. . Beliau berkata kepada Baginda s.a.w. yang terjemahannya berbunyi:

“Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu, namun engkau pasti akan mati. Berbuatlah apa yang kau mahu, namun engkau pasti berpisah dengannya. Ketahuilah bahawa keutamaan seseorang mukmin itu adalah dengan qiamullail (solat malam), manakala kemuliaannya adalah dengan sikap berdikari (tidak bergantung kepada orang lain).”

Hadits Riwayat Tabrani

Dengan huraian ini, jelas kepada kita bahawa solat malam dapat membentuk para da’ie menjadi hamba Allah yang ‘Rabbani’,  kerap berhubung dengan Allah, berjiwa cerah, mempunyai hati yang peka, kewaspadaan yang tinggi serta kekritisan daya berfikir.

Jika seseorang itu tidak bersifat dengan sifat-sifat di atas, maka ia bukanlah da’ie. Bencana yang menimpa Islam kini adalah kerana adanya golongan-golongan penda’wah yang tidak mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan akhlak penda’wah yang sebenar sepertimana yang sewajarnya.

Selain daripada itu solat malam tidak akan dapat dijadikan amalan kebiasaan kecuali dengan menggagahkan diri, melawan syaitan dan nafsu, khasnya pada peringkat awal. Rasulullah s.a.w. dalam menggambarkan dalaman ini pernah bersabda yang terjemahannya berbunyi:

“Apabila seseorang hendak menunaikan solat malam, datanglah malaikat seraya berkata kepadanya: Bangunlah, hari telah pagi, solat dan ingatlah Tuhanmu. Syaitan pun datang memujuknya. Malam masih panjang, engkau boleh tidur lagi, nanti engkau boleh bangun. Kalau ia bingkas dari tempat tidurnya bersolat, maka badannya akan menjadi ringan (cergas) dan sihat. Kalau ia patuh kepada syaitan, tidur hingga ke siang, syaitan akan kencing di dalam telinganya.”

Hadits Riwayat Tabrani

Rasulullah s.a.w. mengaitkan antara solat antara solat tengah malam dengan mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa di dalam kubur. Baginda s.a.w. mengatakan:

“Orang yang mencerahkan malamnya dengan ‘ibadah dan patuh kepada Allah, nescaya Allah akan menerangkan kuburnya dengan rahmat dan kurniaan-Nya.”

Wahai, alangkah hebatnya kurnia dan ganjaran Allah terhadap hamba-Nya. Dengan beberapa raka’at yang dikerjakan pada waktu malam, ia boleh selamat daripada seksa kubur, kesepian dan kelengannya. Ia akan merasa sejahtera dan damai.

Selamatlah orang-orang yang tidak nyenyak tidurnya kerana ‘ibadah. Selamatlah mereka daripada kesengsaraan kesepian dalam kubur. Sesungguhnya suasana di dalam kubur amat sepi dan penuh denga penanggungannya.

Rasulullah s.a.w. pernah membayangkan tentang kubur dan seksanya. Baginda s.a.w. mengatakan yang terjemahannya:

“Kubur ialah anak tangga pertama ke akhirat. Jika seseorang boleh selamat (daripada seksanya), maka peringkat selepas itu akan lebih mudah. Tetapi kalau ia tidak selamat, maka apa yang akan dihadapinya selepas itu lebih payah.”

Mujahid mengatakan: “Yang pertama menyapa si mati ialah lubang kuburnya. Ia mengatakan: Akulah rumah ulat dan cacing-cacing, rumah sepi, gelap dan keseorangan. Inilah persiapanku untukmu, apakah pula yang engkau persiapkan untukku?”

Rasulullah s.a.w.  menerangkan yang terjemahannya:

“Apabila seseorang manusia meninggal dunia, (setelah dikuburkan) maka datanglah dua malaikat kehitaman dan kebiruan warna mereka. Mereka dikenali sebagai Munkar dan Nakir. Kedua-duanya bertanya pada orang tersebut: Apa katamu (pandanganmu) terhadap Nabi? Sekiranya ia beriman, ia menjawab: Nabi ialah hamba Allah dan Rasul-Nya, saya naik saksi  bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah. Kedua-duanya lantas berkata: Kami memang tahu, engkau dahulu pun mengucap syahadat itu. Kemudian kuburnya dilapangkan seluas tujuh puluh hasta kali tujuh puluh hasta serta diterangkan kuburnya. Sekiranya ia seorang yang munafiq, ia menjawab: Saya tidak tahu, saya pernah mendengar orang mengatakan sesuatu dan saya mengatakannya. Kedua-dua malaikat itupun berkata: Kami pun memang tahu engkau ada mengata-ngatakan yang demikian. Kemudian diperintahkan kepada bumi supaya menghimpitnya sehingga berselang-seli tulang belulangnya.”

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang terjemahannya:

“Apabila seorang itu hendak dihimpit di dalam kuburnya dari sebelah kepalanya, maka datanglah ‘ibadat tilawatul Quran (yang telah dilakukan semasa di dunia) menghalangnya. Apabila himpitan itu datang daripada depannya, ia dihalang oleh ‘ibadat sedekahnya, dan apabila itu datang dari arah kakinya, ia dihalang oleh (‘ibadah) pemergiannya ke masjid-masjid.”

Dalam masa yang lain, Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan kandungan shahifa Musa. Baginda s.a.w. berkata yang terjemahannya:

“Dalam shahifa Musa, kandungannya penuh dengan ibarat dan pengajaran. Antaranya: Aku merasa aneh terhadap orang yang yakin akan mati tetapi ia bergembira, orang yang yakin dengan neraka tetapi ia masih ketawa, orang yang yakin dengan qadar tetapi masih menolaknya. Aku merasa aneh melihat orang yang menginsafi hakikat dunia dan melihat sendiri akan putaran rodanya terhadap penghuni-penghuninya, tetapi ia masih merasa lega untuk merangkulnya. Aku hairan kepada orang yang yakin dengan perhitungan Allah kelak (Hari Qiamat) tetapi ia tidak berbuat apa.”

CARA MENGAWAL ‘STRESS’ DARI BUKU PERUBATAN ISLAM
Cara yang paling baik mengawal stress ialah dengan mengisi jiwa kita dengan ajaran Islam seperti solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir,bertahmid dan lain-lain lagi selain tidak meninggalkan solat fardu(1)Menjauhi Rokok dan perkara2 yang memabukkan,Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan..” (2)Tidur Yang Mencukupi Adalah Penawar. Tidur yang mencukupi merehatkan badan serta otak. Nabi Muhammad bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang membaca istighfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari-Muslim).